Ajinomoto Menggalakkan Gaya Hidup Aktif melalui ‘aminoVITAL’ dengan Asid Amino

KUALA LUMPUR, 24 Julai 2020 – Kumpulan Ajinomoto dikenali dengan menggalakkan gaya hidup sihat melalui inovasi dan kepelbagaian produknya. Dengan kepakaran dalam bidang Sains Amino untuk mempertingkatkan kesihatan dan kesejahteraan, Kumpulan Ajinomoto berhasrat untuk terus menyumbang kepada kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan dengan membantu masyarakat untuk “Eat Well, Live Well” melalui initiatif-initiatif Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV).

picture

Sejak tahun 2003, ‘Victory Project’ yang diperkenalkan oleh Ajinomoto Co., Inc. (Ajinomoto Co.), telah membantu ramai atlet hebat di Jepun dengan siri program nutrisi sukan termasuklah ‘Winning Meal’ Kachimeshi. Ini adalah sebahagian dari initiatif ASV. Kumpulan Ajinomoto telah mengembangkan initiatif ini ke negara-negara ASEAN dengan ‘Victory Project’ ASEAN yang melibatkan Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB).

Di Malaysia, penglibatan AMB dalam bidang sukan bermula dengan Penajaan Platinum Ajinomoto Co. di Sukan SEA Kuala Lumpur. Sumbangan Ajinomoto dalam aktiviti-aktiviti sukan diteruskan dengan kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia, Sekolah Sukan Bukit Jalil (BJSS) dan AMB dalam satu program nutrisi sukan yang dinamakan ‘Sports Nutrition Awareness Project’. Projek ini bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap pengetahuan atlet murid di BJSS tentang nutrisi sukan dan menggalakkan makanan seimbang yang selaras dengan konsep ‘Winning Meal’ Kachimeshi.

Pada Julai 2020, AMB dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran ‘aminoVITAL’ dengan asid amino sebagai sebahagian dari ‘Winning Meal’ Kachimeshi untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif. ‘aminoVITAL’ merupakan jenama nombor satu di Jepun. Ianya adalah minuman berperisa epal yang didatangkan dalam bentuk jeli dengan 3000mg asid amino, terutama ‘Branched Chain Amino Acids’ (BCAA). BCAA mengandungi tiga jenis asid amino penting (Leucine, Valine dan Isoleucine) yang hanya boleh diperoleh melalui pengambilan makanan.

Ketika melibatkan diri dalam senaman atau latihan ketahanan, kita biasanya menghadapi kekurangan tenaga, keletihan otot dan sakit otot. BCAA dapat membantu meningkatkan prestasi sukan individu yang terlibat dalam aktiviti larian, berbasikal, mendaki, berenang dan sebagainya. ‘aminoVITAL’ kini boleh didapati di platform e-dagang rasmi Ajinomoto Malaysia seperti Shopee dan Lazada dengan harga jualan yang disyorkan (RSP), RM9.50/paket.

*Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV): Usaha-usaha yang dikaitkan dengan nilai dan pertumbuhan ekonomi dengan menyumbang kepada penyelesaian masalah sosial seperti kelestarian global, sumber makanan dan kehidupan yang sihat melalui perniagaan Kumpulan Ajinomoto sejak penubuhannya

Siaran Akhbar