Ajinomoto Menggalakkan Pengambilan Sayur-sayuran dalam kalangan Pelajar

KUALA LUMPUR, 6 Ogos 2019 – Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) mendidik pelajar sekolah secara berterusan selama bertahun-tahun mengenai faedah pengambilan sayur-sayuran yang mencukupi melalui Projek Sekolah Menengah dalam menangani isu kesihatan sosial disebabkan oleh 94% rakyat Malaysia tidak mengambil sayur-sayuran yang mencukupi seperti yang disyorkan oleh WHO.

pic nutrition

Bertujuan untuk menggalakkan lebih banyak pengambilan sayur-sayuran serta menyemai tabiat pemakanan yang sihat dan seimbang dalam kalangan pelajar, projek tersebut berjaya mencapai penyertaan seramai 16,000 pelajar dari Negeri Sembilan dan Melaka dalam 80 sesi pada tahun ini.

Bersempena dengan Bulan Pemakanan Malaysia 2019 (NMM), AMB mengambil inisiatif untuk mengembangkan lagi projek ini dengan melibatkan pelajar sekolah rendah menerusi aktiviti Roadshow. Kira-kira 900 pelajar dan guru dari tiga sekolah rendah di kawasan Lembah Klang mendapat manfaat daripada aktiviti tersebut.

Tujuan utama inisiatif ini adalah untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai manfaat pengambilan sayur-sayuran yang berkhasiat. Usaha sama antara Jawatankuasa NMM dan AMB telah menerbitkan buku kanak-kanak yang penuh  informasi dan berwarna-warni bertajuk "Saya Suka Sayur-Sayuran". Ianya berguna untuk mendidik kanak-kanak supaya menghargai sayur-sayuran melalui pencerita menarik tentang kaedah pemprosesan sayur-sayuran bermula dari ladang sehingga ke meja makan. Cerita berinspirasi tersebut dapat menggalakkan pelajar mengambil sayur-sayuran yang mencukupi setiap hari.

Selain itu, pelajar dihiburkan dengan program yang meriah, interaktif dan menyeronokkan dimana program bermula dengan tarian "Campur, Campur, Siap!" yang bertenaga. Para pelajar juga berpeluang untuk belajar mengenai Umami, rasa asas yang kelima setelah manis, masam, masin dan pahit. Melibatkan diri dalam kuiz yang menyeronokkan merupakan salah satu acara penting untuk memberi motivasi kepada pelajar bagi memperoleh pengetahuan pemakanan dengan cara yang menyeronokkan. Keberkesanan aktiviti ini meningkat melalui penggunaan Pinggan Sihat “Suku-Suku Separuh” yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan sejak Disember 2016. AMB mengedarkan Pinggan Sihat kepada semua pelajar sebagai alat berguna untuk mengamalkan pemakanan diet seimbang di rumah.

Sepanjang program, AMB mendidik para pelajar untuk menguasai pengetahuan pemakanan asas mengenai sayur-sayuran dan memberi mereka kuasa untuk lebih bertanggungjawab dalam memilih makanan yang baik untuk kesihatan mereka. Beberapa Ganjaran dengan mengamalkan diet seimbang yang sihat iaitu untuk pertumbuhan yang sihat, peningkatan sistem imun dan pencernaan yang lebih baik.

Syarikat Ajinomoto berharap aktiviti tersebut akan menjadi batu loncatan bagi warga muda Malaysia untuk memulakan amalan diet seimbang dengan pengambilan sayur yang mencukupi melalui Projek Sekolah Menengah dan  Roadshow Bulan Pemakanan Sekolah Rendah.

Siaran Akhbar