Ajinomoto Tawar Hadiah Menarik melalui Aktiviti Memasak Dalam Talian

picture

KUALA LUMPUR, 13 November 2020 – Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan saranan kekal di rumah, ramai yang menggunakan khidmat penghantaran makanan atau masak sendiri di rumah lebih-lebih lagi mereka yang sudah berkeluarga. Kini, ibu bapa bukan hanya perlu menyediakan sajian buat anak-anak mereka malah perlu mempelbagaikan masakan mereka. Oleh itu, Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) mengorak langkah dengan menjadikan memasak di rumah lebih seronok dengan pelancaran aktiviti memasak dalam talian. Pengguna digalakkan memasak pelbagai sajian dan berpeluang memenangi hadiah bernilai RM100 setiap seorang!

Untuk menyertai aktiviti dalam talian ini, pengguna hanya perlu mendaftar keahlian ‘Umami Club’ secara percuma di laman sesawang rasmi AMB www.ajinomoto.com.my/umamiclub. Ikuti langkah mudah berikut untuk memenangi hadiah menarik. Pertama, pilih 1 daripada 3 video bagi aktiviti dalam talian. Kemudian, masak sajian yang dipilih berdasarkan video resipi. Seterusnya, muat naik di Facebook atau Instagram anda dengan tanda pagar #cookingwithajinomotomalaysia dan jangan lupa buka akaun anda kepada awam. Pemenang akan diumumkan di Facebook rasmi AMB.

Demi menggalakkan pengguna kekal selamat daripada COVID-19, mereka boleh membeli produk Ajinomoto melalui platform e-dagang seperti Shopee atau Lazada. Pilihan ini lebih mudah dan lebih selamat kepada pengguna daripada bersusah payah keluar rumah dan berada di tempat yang sempit dan sesak dengan orang ramai.

Dengan langkah memasak dalam talian ini, kami berharap ibu bapa dapat lebih banyak idea untuk masak pelbagai sajian buat seisi keluarga dan pada masa yang sama berpeluang memenangi hadiah menarik daripada Ajinomoto. Kekal selamat dan kekal sihat! Tentang Ajinomoto (Malaysia) Berhad

Siaran Akhbar