Ajinomoto Terus Menjadi Penaja Utama Bagi Acara Tahunan Bulan Nutrisi Malaysia - Mempromosikan “Makan Sihat, Hidup Akti

picture

KUALA LUMPUR, 27 November 2020 – Dengan sejarah yang melangkaui 100 tahun, Ajinomoto merupakan jenama yang dipercayai selama beberapa generasi. Kepakaran mereka dalam teknologi asid amino telah menggalakkan sumbangan yang berterusan terhadap kesihatan dan kesejahteraan masyarakat. Pada tahun ini, Ajinomoto (Malaysia) Berhad sekali lagi memainkan peranan sebagai penaja utama bagi Bulan Nutrisi Malaysia (NMM) 2020 dengan mempromosikan “Makan Sihat, Hidup Aktif” selaras dengan tema tahun ini iaitu “Melabur dalam Pemakanan Sihat: Makan dengan Betul, Mula Bergerak!”.

Program NMM ini telah diasaskan sejak tahun 2002 oleh tiga badan profesional, iaitu Persatuan Nutrisi Malaysia (NSM), Persatuan Dietetik Malaysia (MDA) dan Persatuan Kajian Obesiti Malaysia (MASO), dengan matlamat untuk meningkatkan kesedaran terhadap pemakanan sihat dan gaya hidup aktif melalui penyebaran maklumat nutrisi yang telus dan praktikal.

Meskipun pelbagai usaha telah dilakukan, namun amalan pemakanan yang sihat masih menjadi isu di Malaysia kerana masih ramai yang tidak mengambil sayur-sayuran yang mencukupi walaupun khasiatnya diketahui ramai. Sebagai penyokong amalan pemakanan sihat, Pak AJI™ berkongsi beberapa menu “Campur, Campur, Siap!” yang mudah dan cepat melalui aktiviti “Cooking is Fun” bagi mempromosikan makanan yang enak dan sihat. Menu yang menarik dan berkhasiat tersebut akan menarik perhatian para ibu bapa dan anak-anak untuk meningkatkan pengambilan sayur-sayuran dengan gandingan ramuan yang diperkaya dengan protein seperti ayam, daging atau makanan laut, lantas mencukupkan kandungan vitamin, mineral dan fiber dalam makanan harian mereka.

Di samping itu, Ajinomoto Malaysia juga merupakan penyokong gaya hidup sihat dan percaya bahawa senaman fizikal dapat membantu pengaliran darah dan kesihatan seseorang individu secara keseluruhan. Baru-baru ini, syarikat tersebut telah melancarkan minuman jeli berperisa epal yang diperkaya dengan asid amino dikenali sebagai aminoVITAL®, iaitu jenama nombor 1 di Jepun. Sebagai pengeluar asid amino yang terbesar di dunia, produk ini dipercayai oleh ramai atlet selama lebih dari sedekad. Permainan mini “Power Up Your Workout”” aminoVITAL® boleh didapati di gerai Ajinomoto secara maya melalui laman web NMM https://virtualfair.nutritionmonthmalaysia.org.my/.

Orang ramai digalakkan untuk menyertai lebih banyak aktiviti di gerai Ajinomoto secara maya untuk memenangi hadiah-hadiah yang menarik. Lebih banyak permainan yang disertai, lebih tinggi peluang untuk memenangi 3 Hadiah Utama Cabutan Bertuah Ajinomoto, bernilai RM1,000 bagi setiap pemenang!

Kami berharap agar dengan inisiatif ini, kami dapat menggalakkan dan menyokong rakyat Malaysia untuk Eat Well, Live Well bersama Ajinomoto.