AJINOMOTO® menceriakan bumi untuk semua
Dalam mengharungi kehidupan harian yang semakin sibuk, kita sering kali terlupa tanggungjawab terhadap alam sekitar dan bumi yang kita semua diami. Oleh yang demikian, AJICO Japan telah mengambil inisiatif memulakan program “Smile Earth!” sejak tahun 2007 sebagai aktiviti sumbangan sosial di mana warga kerja Kumpulan Ajinomoto daripada seluruh dunia meluangkan masa mereka untuk menyumbang ke arah kebaikan alam sekitar.
Program “Smile Earth!” meliputi aktiviti dengan tiga tema bagi mewujudkan kesedaran pemeliharaan alam sekitar di dalam Kumpulan Ajinomoto: “Clean up,” iaitu termasuk aktiviti pembersihan global secara serentak; “Mottainai (What a waste!) & Eco,” iaitu termasuklah kempen “Eat Well ECO” dan pengumpulan serta sumbangan barangan yang tidak digunakan; dan “Diverse Actions,” yang termasuk “Lets Plant for the future”
Pada tahun 2012, Kumpulan Ajinomoto daripada 14 buah negara di seluruh dunia, telah melaksanakan “Clean Up Our Earth Together Day” pada hari yang sama. Penyertaan dalam inisiatif pembersihan secara serentak di seluruh dunia oleh tapak perniagaan dan warga kerja telah meningkat setiap tahun, mencapai anggaran seramai 10,000 orang warga kerja di 186 buah lokasi. Jepun, Thailand, Vietnam dan China adalah antara negara peserta yang membantu menangani cabaran global ini.
Tahun ini merupakan tahun kelima kempen “Clean Up Our Earth Together Day” yang dianjurkan oleh Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) yang diadakan pada 25 Oktober 2013. Aktiviti ini turut disertai oleh syarikat berhampiran iaitu Malaysia Packaging Industry Berhad (MPIB). Seramai 178 orang peserta dari AMB dan 31 peserta dari MPIB telah bersama-sama membersihkan kawasan sekeliling dan mencatatkan penyertaan yang terbesar bagi projek ini.
Para peserta dibahagikan kepada lima buah kumpulan, iaitu Kumpulan S, M, I, L dan E untuk membersihkan kawasan sekeliling dengan mengutip sampah sarap dan membahagikannya mengikut jenis bagi tujuan kitar semula – yang merupakan lanjutan kepada projek pembersihan. Dalam masa satu jam, sampah seberat 180kg telah dikumpulkan melalui usaha gotong-royong ini.
AMB telah menyertai aktiviti ini selama lima tahun berturut-turut sejak tahun 2009. Aktiviti ini menggalakkan semua peserta untuk saling mengenali antara satu sama lain ketika melakukan kerja-kerja pembersihan. Aktiviti ini turut memberi peluang kepada AMB untuk menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap pemuliharaan alam sekitar yang menyokong visi Kumpulan Ajinomoto.
AJINOMOTO® berharap dapat melaksanakan lebih banyak program kemasyarakatan dan pemeliharaan alam sekitar di masa akan datang dalam usaha memberi khidmat yang lebih baik kepada komuniti melalui tanggungjawab sosial korporat.