Bolehkah Ajinomoto Co. Mengeksport Jangka Hayat Warga Jepun yang Sihat?

Mengapa Orang Jepun Mempunyai Jangka Hayat yang Panjang?

Apabila anda membayangkan kehidupan di Jepun, apakah yang terlintas di dalam fikiran anda?

Kebanyakan orang mungkin membayangkan keadaan di mana mereka perlu hidup dalam bilik yang kecil di bandar yang besar. Berhimpit di dalam kereta api pada waktu pagi yang begitu sesak hinggakan kaki anda tidak menjejak lantai. Sentiasa bekerja lebih masa sehingga tengah malam. Berkemungkinan terpaksa merokok untuk menangani semua tekanan.

Hakikatnya, pendapat ini tidak semestinya salah. Dalam kaji selidik terkini yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan Jepun, 40% daripada lelaki dalam lingkungan umur layak bekerja melaporkan bahawa mereka “tidak dapat tidur” kerana tekanan di tempat kerja1. Rakyat Jepun juga merokok tembakau pada kadar yang lebih tinggi berbanding kebanyakan negara lain dengan lebih daripada satu pertiga lelaki yang berumur 15 tahun dan ke atas merokok.

Agak sukar untuk kita mendapatkan pakar yang akan mendakwa bahawa tahap tekanan yang tinggi, kekurangan tidur dan merokok adalah tingkah laku yang sihat. Namun, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), purata jangka hayat warga Jepun selepas dilahirkan adalah 83.7 tahun. Ini bermakna Jepun mempunyai jangka hayat yang tertinggi di dunia.

Walaupun sukar untuk menerangkan sepenuhnya terhadap kebenaran kenyataan ini, sebab utama yang lazimnya menjadikan jangka hayat warga Jepun yang panjang adalah “gaya hidup berjalan” serta diet Jepun. Menurut laporan WHO yang lain, 98% kanak-kanak sekolah di Jepun berjalan atau mengayuh basikal ke sekolah setiap hari4. Hal ini bermakna kebanyakan daripada mereka berjaya mengamalkan aktiviti sederhana hingga lasak selama 60 minit yang disyorkan setiap hari hanya dengan perjalanan ke sekolah5. Daripada segi makanan, orang Jepun cenderung untuk makan makanan rendah kalori setiap hari, lebih banyak sayur-sayuran dan mengurangkan pencuci mulut berbanding negara maju yang lain.

Klik di sini untuk membaca lebih lanjut!

Siaran Akhbar