Bolehkah Manusia Hidup Tanpa Umami?

Umami Mungkin Lebih Penting Daripada Yang Anda Fikirkan

Semakin ramai yang mengenali umami, rasa asas kelima—terutama sekali dengan minat terhadap umami yang pesat berkembang di serata dunia baru-baru ini. Tetapi secara semula jadi, kebanyakan orang tidak menganggap umami penting. Ia perkataan yang didengari di restoran dan mungkin juga ketika belajar biologi di sekolah menengah.

Tetapi ia lebih daripada itu. Umami memainkan peranan yang begitu penting dalam kesihatan dan nutrisi manusia, jadi tidak keterlaluan jika dinyatakan bahawa manusia tidak boleh hidup tanpa umami.

picture

Umami dan Kelangsungan Hidup Kita sebagai Spesies—Fungsi Rasa

Semua haiwan, termasuk manusia, perlu makan untuk hidup. Tetapi bukan semua bahan sesuai dimakan. Contohnya, kayu atau tanah mungkin boleh dimakan, tetapi tidak dianggap sebagai “makanan” kerana ia tidak memberi kita apa-apa nutrisi. Jadi, bagaimanakah cara kita dapat mengetahui apa yang patut dimakan dan apa yang tidak patut dimakan?

The answer is taste. Every basic taste—sweet, sour, salty, bitter, and umami—is a message that tells us something about what we put into our mouth, so we can decide whether it should be eaten.

Jawapannya ialah rasa. Setiap rasa asas—manis, masam, masin, pahit dan umami—ialah mesej yang memberitahu kita sesuatu tentang bahan yang kita masukkan ke dalam mulut, supaya kita boleh membuat keputusan sama ada ia boleh dimakan atau tidak.

picture

Umami dan Bayi

Malah sekarang, umami memainkan peranan yang amat penting dalam kelangsungan hidup setiap individu. Lebih-lebih lagi, semasa bayi.

Kehamilan manusia berlangsung selama 40 minggu, iaitu apabila nyawa baru berkembang daripada satu sel yang disenyawakan menjadi bayi manusia yang berfungsi sepenuhnya, bersedia untuk memasuki alam dunia. Selama 40 minggu ini, embrio hidup di dalam bendalir amnion. Sekitar minggu ke-16, bayi yang semakin membesar membentuk penerima perasa yang membolehkannya mencuba pelbagai rasa daripada bendalir amnion ibu itu sendiri.1 Bendalir amnion kaya dengan asid amino bebas, antaranya ialah glutamat yang didapati dalam kepekatan tertinggi.2 Ini bermakna umami adalah salah satu rasa pertama yang kita alami, sebelum kita dilahirkan!

picture

Baca Selanjutnya

Siaran Akhbar