Cabaran: Sisa Plastik Sifar Menjelang 2030

Ajinomoto Co., Inc. Menempuh Satu Lagi Cabaran

Baru-baru ini, terdapat perhatian yang tinggi terhadap sisa plastik dalam media massa dan juga media sosial. Khususnya, sisa plastik di dalam lautan kita telah menjadi topik hangat, begitu juga dengan kewujudan “mikroplastik,” yang ditakrifkan sebagai zarah plastik yang kurang daripada 5mm panjang1. Mikroplastik terdiri daripada mikrogentian daripada fabrik sintetik, mikromanik yang digunakan dalam sesetengah kategori kebersihan dan kecantikan serta zarah plastik kecil lain yang terhasil daripada degradasi bahagian plastik yang lebih besar setelah sekian lama.

noplastic

Mengurangkan Penghasilan Plastik

Jika anda fikirkan, “tiga R” iaitu kurangkan, guna semula dan kitar semula (reduce, reuse and recycle) - telah disenaraikan mengikut tahap kesukaran, daripada perkara yang paling mudah kepada yang paling sukar. Sebagai pengeluar produk makanan global, Ajinomoto Co. telah sekian lama menumpukan kepada usaha untuk mengurangkan penghasilan plastik.

Sejak tahun 2000, usaha pengurangan plastik kami telah melibatkan 72 daripada produk kami, menyebabkan pengurangan penggunaan plastik tahunan sebanyak lebih kurang 3,500 tan. Untuk membayangkan betapa besarnya jumlah itu, anggaran berat seekor gajah Asia adalah antara 2.5 hingga 5.5 tan. Jadi kami telah mengurangkan penggunaan plastik yang bersamaan dengan berat 1,000 ekor gajah setiap tahun3.

image1

Kitar Semula: Cabaran Terbesar

Malangnya, mengurangkan penggunaan plastik tidak cukup untuk menghapuskan sisa plastik. Bagi mencapai matlamat, kami mesti bersungguh-sungguh memberikan tumpuan terhadap kitar semula. Bagi kebanyakan orang, mungkin mengitar semula plastik tidaklah begitu sukar. Cuma asingkan botol PET anda daripada sampah yang lain dan lori sampah akan datang mengambil semuanya. Tetapi hakikatnya, mengitar semula plastik adalah lebih rumit daripada yang difikirkan. Ianya kerana terdapat banyak jenis plastik dan ada pelbagai cara untuk mengitar semula jenis berasingan.

image2

Inovasi dalam Pengitaran Semula Plastik

Para penyelidik dan saintis di seluruh dunia sedang mencari cara baharu untuk menyelesaikan masalah ini. Satu cara yang berpotensi besar ialah pembangunan bahan baharu. Baru-baru ini, plastik boleh punah yang dibuat daripada ubi kayu telah menarik perhatian dan imaginasi media, dengan potensi untuk menggantikan beg plastik yang tidak boleh punah yang biasanya digunakan di pasaraya dan kedai runcit. Malangnya, plastik boleh punah mempunyai kebiostabilan yang rendah - dengan kata lain, ia sensitif terhadap degradasi oleh agen biologi. Ini menjadikan bahan tersebut tidak sesuai untuk pembungkusan makanan yang memerlukan plastik bertindak sebagai halangan terhadap agen biologi. Tambahan lagi, atas sebab-sebab praktikal, keterlarutan bukanlah semestinya kualiti yang diingini untuk plastik yang digunakan dalam pembungkusan makanan5.

image4

Baca Selanjutnya

Siaran Akhbar