“Clean Up Our Earth Together Day 2015” Anjuran Ajinomoto Malaysia dan Universiti Putra Malaysia (UPM)

Selama 7 tahun berturut-turut, Ajinomoto (Malaysia) Berhad menganjurkan kempen gotong-royong  yang dinamakan “Clean Up Our Earth Together Day 2015” untuk menjaga dan memastikan kebersihan masyarakat setempat. Sempena kempen anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM) yang bernama “Program Kesihatan Senyum Selalu Bersama Penduduk Penderas 2015”, aktiviti gotong-royong ini diadakan pada 31hb Oktober 2015 di Kampung Penderas yang didiami oleh Orang Asli di Kuala Krau, Pahang. Ini merepukan kali pertama di mana aktiviti “Clean Up Our Earth Together Day 2015” diadakan di luar kawasan Lembah Klang.

Atas usaha untuk memupuk pembangunan persekitaran yang lestari serta meningkatkan kesedaran masyarakat bagi mengatasi isu-isu alam sekitar, aktiviti “GO GREEN” dan aktiviti “CLEAN UP” diadakan sempena kempen gotong-royong ini. Kedua-dua aktiviti ini telah berjaya menarik penglibatan yang sepenuhnya daripada 39 orang kakitangan Ajinomoto Malaysia, 41 orang pelajar UPM, dan 50 orang kanak-kanak Orang Asli dari Sekolah Kebangsaan Penderas.

Idea “GO GREEN” adalah berdasarkan inisiatif untuk mengadakan kebun sayur-sayuran mini di Sekolah Kebangsaan Penderas sebagai sumber nutrisi kepada pemakanan harian pelajar asrama. Usaha ini juga dilihat sebagai perkebunan lestari bagi menggalakkan pengambilan sayur-sayuran yang segar di samping menjamin bekalan makanan yang mencukupi. Manakala aktiviti “CLEAN UP” merupakan aktiviti pembersihan seperti memungut dan pengasingan sampah di Kampung Penderas yang telah dijalankan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kitar semula dan cara mengekalkan kebersihan persekitaran.

Dalam tempoh masa 2 jam setengah, bilangan lebih daripada 60 anak benih yang terdiri daripada 3 jenis sayur-sayuran berjaya ditanam dan sebanyak 118.7 kg sampah telah dikumpulkan melalui kerjasama oleh para peserta. En. Keiji Kaneko, selaku Pengarah Urusan Ajinomoto (Malaysia) Berhad menyampaikan barang-barang keperluan harian sebagai sumbangan kepada kanak-kanak Orang Asli yang telah mengambil bahagian semasa Majlis Penutupan kempen gotong-royong ini. Ajinomoto (Malaysia) Berhad juga mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan dan berkongsikan maklumat tentang rasa asas ke-5, iaitu rasa umami kepada semua di Sekolah Kebangsaan Penderas melalui penajaan papan kenyataan yang dinamakan “Sudut Umami”.

“Clean Up Our Earth Together Day 2015” merupakan sebahagian daripada kempen “Smile Earth” yang dianjurkan oleh ibu pejabat Ajinomoto di Jepun sejak tahun 2007 selaras dengan objektif kempen iaitu memberi peluang kepada pekerja Kumpulan Ajinomoto melibatkan diri dalam usaha penyelesaian isu-isu global mengenai alam sekitar, masyarakat, dan makanan. Ajinomoto (Malaysia) Berhad berharap program sosial dan aktiviti perlindungan alam sekitar dapat dianjurkan dengan lebih banyak agar tanggungjawab sosial korporat yang progresif kepada masyarakat tetap dilaksanakan secara berterusan di masa akan datang.

“Clean Up Our Earth Together Day 2015” melibatkan para peserta yang terdiri daripada kakitangan Ajinomoto (Malaysia) Berhad, para pelajar Universiti Putra Malaysia, dan kanak-kanak Orang Asli dari Sekolah Kebangsaan Penderas.

Ajinomoto (Malaysia) Berhad menaja papan kenyataan yang dinamakan “Sudut Umami” kepada Sekolah Kebangsaan Penderas.

Taman Pelangi di Sekolah Kebangsaan Penderas, dirasmikan oleh En. Keiji Kaneko, Pengarah Ajinomoto (Malaysia) Berhad, Tuan Haji Nordin, GPK HEM Sek. Keb. Penderas dan Dr. Sharuddin, Penasihat Program dari UPM. (dari kiri ke kanan)

Aktiviti penanaman sayur-sayuran diusahakan bersama-sama oleh kakitangan Ajinomoto Malaysia, pelajar UPM dan kanak-kanak Orang Asli dari Sek. Keb. Penderas.

Aktiviti pembersihan yang dilaksanakan oleh pekerja Ajinomoto Malaysia, pelajar UPM dan kanak-kanak Orang Asli dari Sek. Keb. Penderas.

Siaran Akhbar