Hidangan Sekolah Boleh Meningkatkan Kesihatan Kanak-Kanak

RINGKASAN
- Hidangan sekolah boleh membantu menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan kanak-kanak
- Ajinomoto Vietnam Co. Ltd. (“Ajinomoto Vietnam”) melaksanakan projek hidangan sekolah dengan menggunakan perisian
- Pencapaian seterusnya adalah dalam projek hidangan sekolah di negara Asia

Umum mengetahui bahawa hidangan sekolah boleh menggalakkan kesihatan dalam kalangan kanak-kanak sekolah. Di negara-negara Barat, mereka menyedari sepenuhnya tentang kepentingan pilihan makanan yang sihat untuk kanak-kanak sekolah. Contohnya di Perancis di mana makan tengah hari adalah hidangan harian terbesar, kita boleh dapati pihak sekolah sangat mengambil berat tentang kualiti dejeuner (makan tengah hari).

Begitu juga di Asia, banyak sekolah menyediakan makan tengah hari untuk murid mereka. Hidangan sekolah amat dihargai kerana ia membebaskan penjaga di rumah daripada tugas harian menyediakan makanan tengah hari. Di Vietnam, hidangan sekolah sangat popular kerana kebanyakan ibu bapa bekerja. Walau bagaimanapun, hidangan sekolah di Vietnam dianggap tidak seimbang daripada segi nutrisi. Sekolah juga tidak mempunyai pakar nutrisi yang menetapkan menu dengan betul.

school meal

Dengan mengambil kira hal ini, Ajinomoto Vietnam telah memulakan sebuah projek untuk membekalkan menu kepada sekolah di mana kanak-kanak mengalami kekurangan nutrisi yang disebabkan oleh kekurangan kakitangan dalam bidang nutrisi dan pengetahuan tentang sains nutrisi. Ajinomoto Co., Inc. (“Ajinomoto Co.”) di Jepun ialah syarikat induk Ajinomoto Vietnam yang mempunyai sejarah panjang dalam perniagaan makanan. Ajinomoto Co. juga mempunyai hubungan yang baik dengan pakar diet; dan pada masa yang sama mempunyai pengalaman yang luas dalam menyediakan menu untuk hospital dan perkhidmatan makanan.

“Perubahan besar diperlukan dalam hidangan sekolah di Vietnam,” kata Hiroharu Motohashi, Timbalan Pengurus Besar semasa, Bahagian Produk Makanan di Ajinomoto Co. “Hidangan sekolah mereka mempunyai kekurangan daripada segi keseimbangan nutrisi. Kami mendapati mereka tidak mendapat mikronutrien yang mencukupi, sementara itu kami mendapati terdapat banyak karbohidrat. Lipid, karbohidrat dan protein dalam makanan mestilah seimbang dan dalam kadar yang betul, terutamanya untuk kanak-kanak.”

Siaran Akhbar