Masakan “Rasa Wok” di Rumah Bersama ‘Rasa Sifu’

picture

KUALA LUMPUR, 16 Oktober 2020 – Apabila bercakap tentang char koey teow, sayur tumis dan nasi goreng, istilah ‘wok hei’ atau aroma gorengan yang kompleks selalu digunakan untuk menerangkan rasa istimewa itu. ‘Wok hei’ atau aroma gorengan hanya boleh dicapai melalui tahap panas melampau, tahap yang sukar dicapai di rumah tanpa dapur tekanan tinggi.

Setelah giat dengan penyelidikan dan pembangunan, Ajinomoto (Malaysia) Berhad sukacitanya memperkenalkan ‘Rasa Sifu’ Perasa Semua Dalam Satu yang memberikan ‘Rasa Wok’ dan kelazatan tiram. Kini, semua orang dapat menyediakan masakan berkhasiat dan enak beraroma gorengan di rumah. Penggunaan ‘Rasa Sifu’ memudahkan masak-memasak agar lebih banyak masa dapat diluangkan bersama keluarga.

Masakan yang menyelerakan di rumah bukan sahaja jimat malah dapat mengukuhkan hubungan kekeluargaan antara ibu bapa dan anak serta suami isteri. Tidak perlu lagi bersusah payah makan di luar dan yang paling penting, dapat mengurangkan risiko kesihatan dalam kalangan ahli keluarga, terutamanya kanak-kanak dan warga emas pada musim wabak COVID-19 ini.

Selain daripada ‘Rasa Wok’ dari ‘Rasa Sifu’, pengguna berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM20,000 menerusi pertandingan Beli & Menang ‘Rasa Sifu’. Dengan pembelian produk ‘Rasa Sifu’ minimum RM3 di mana-mana kedai atau e-dagang, pelanggan layak untuk sertai pertandingan ini. Sungguh mudah, sertai sekarang! Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Ajinomoto Malaysia dan laman sesawang Ajinomoto.

Siaran Akhbar