Raikan Keriangan Tahun Baru Cina bersama Ajinomoto

picture

KUALA LUMPUR, 8hb Januari 2021 – Tahun Baru Cina merupakan antara perayaan yang paling dinanti-nantikan di Malaysia. Namun, gejala COVID-19 yang masih berleluasa dalam kalangan masyarakat telah mendorong kami untuk mengambil langkah-langkah yang diperlukan demi menjamin keselamatan semua pihak. Bagi menyebarkan keriangan kepada masyarakat, Ajinomoto telah mengambil inisiatif untuk meraikan Tahun Baru Cina dengan membantu para pelanggan menyediakan sendiri hidangan Mangkuk Kekayaan Premium (Poon Choi) bersama keluarga tersayang dirumah. Terdapat lebih daripada RM50,000 hadiah wang tunai untuk dimenangi, jadi anda berpeluang untuk memenangi hadiah utama sebanyak RM8,888!

Mangkuk Kekayaan Premium amat mudah untuk disediakan dengan munggunakan produk Ajinomoto seperti AJI-NO-MOTO®, Rasa Sifu™, TUMIX®, Seri-Aji®, AJI-SHIO® dan banyak lagi. Produk-produk ini boleh didapati di mana-mana kedai fizikal atau platform atas talian, termasuk Lazada dan Shopee, dimana produk-produk tersebut akan terus dihantarkan ke rumah anda! Dengan pembelian produk Ajinomoto bernilai RM10 ke atas dalam satu resit, anda akan berpeluang untuk memenangi hadiah utama berjumlah RM8,888. Rebut peluang ini untuk menerima Pek Bundle terhad yang mengandungi semua produk untuk meriangkan lagi perayaan Tahun Baru Cina anda yang hanya terdapat di platform e-dagang (sementara stok masih ada).

Sediakan Mangkuk Kekayaan Premium yang paling bertuah dengan mengikuti resipi yang terdapat di laman sesawang Ajinomoto Malaysia serta semua media sosial kami, atau tontoni tutorial video untuk langkah-langkah memasak yang dapat membimbing anda sepanjang sesi penyediaan poon choi! Tidak dapat dinafikan lagi bahawa hidangan Mangkuk Kekayaan yang premium adalah satu-satunya hidangan sihat dan bertaraf lima bintang yang cukup sesuai untuk seisi keluarga semasa meraikan perayaan yang riang dan makmur.

Kami ingin mencabar anda untuk mencuba nasib dalam memenangi hadiah utama atau sebahagian daripada seluruh hadiah wang tunai pada hari ini! Lekas, tempoh pertandingan ini adalah dari 1 Januari 2021 hingga 31 Januari 2021. 1,000 penyertaan terawal yang sah akan menerima sebuah set angpau paket premium yang ekslusif daripada Ajinomoto Malaysia. Untuk maklumat lebih lanjut dan terkini, sila layari www.ajinomoto.com.my/cnycontest.

Kami di Ajinomoto Malaysia ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada rakyat Malaysia Selamat Menyambut Tahun Baru Cina! Nikmati perayaan yang penuh dengan kemakmuran dan tuah, dan jangan lupa untuk Eat Well, Live Well bersama Ajinomoto.

Siaran Akhbar