AJI-SHIO® agih 2,000 pek bubur lambuk untuk kesejahteraan masyarakat

AJI-SHIO® distributes 2,000 packs of bubur lambuk  for community well-being

 

KUALA LUMPUR, 5 April 2024 – Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) meneruskan komitmen untuk mempromosikan kehidupan sihat dan kesejahteraan dalam kalangan masyarakat, terutamanya pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Dengan kerjasama Majalah RASA, AMB menerusi AJI-SHIO® telah menyediakan dan mengagihkan
2,000 pek bubur lambuk dan lebih 8,000 kuih tradisional kepada penduduk di sekitar Shah Alam dan i-City.

AJI-SHIO® distributes 2,000 packs of bubur lambuk  for community well-being

Program ini bukan sahaja menyediakan juadah berbuka kepada orang ramai malah diperluaskan kepada kakitangan hospital dan unit beruniform sebagai tanda penghargaan atas khidmat bakti mereka sepanjang bulan Ramadan.Selain menyediakan dan mengedarkan bubur lambuk, terdapat beberapa aktiviti menarik seperti demonstrasi masakan oleh Chef Fikree yang menggunakan produk AJI-SHIO®,penjualan produk AJI-SHIO® serta peraduan istimewa.

Kelazatan bubur lambuk ini dilengkapkan dengan penggunaan Lada Berperisa AJI-SHIO® dan Lada Hitam Berperisa serta nasi Aroma Saji dari Malaysia yang dapat menambah dan meningkatkan rasa hidangan, menjadikan masakan Shiok serta mudah kepada pengguna.

Pada masa sama, AMB berbesar hati menyumbang kepada masyarakat melalui program ini selain meneruskan komitmen bagi memenuhi tanggungjawab sosial korporat dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat.