Ajinomoto Co., Inc. Menjadi Rakan Kongsi Premium Sukan SEA ke-32 dan Sukan Para ASEAN ke-12 yang akan Diadakan di Kemboja

KUALA LUMPUR, 3 Mac 2023 – Ajinomoto Co., Inc. (“Ajinomoto Co.”) telah menandatangani perjanjian untuk berkhidmat sebagai penaja rasmi Sukan Asia Tenggara ke-32 (“Sukan SEA”) dan Sukan Para ASEAN ke-12, bersama-sama sebagai KEMBOJA 2023, yang bakal diadakan di Kemboja pada Mei dan Jun 2023. Ajinomoto Co. akan menjalankan aktiviti sokongan sebagai Rakan Kongsi Premium KEMBOJA 2023.

Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN diadakan setiap dua tahun untuk membantu menjalinkan kerjasama, persefahaman dan perpaduan serantau yang kukuh dalam komuniti Asia Tenggara. Ia merupakan acara sukan terbesar yang diadakan di Asia Tenggara, dengan tarikan perhatian daripada lebih 600 juta orang di rantau ini. Bermula dari Sukan SEA ke-29 yang telah diadakan di Kuala Lumpur pada 2017, Ajinomoto Co. telah memeterai perjanjian penajaan untuk empat Sukan SEA berturut-turut.

Sejak 2003, Ajinomoto Co. telah mengusahakan Projek Kemenangan®*1 untuk menyokong pelaziman atlet peringkat tertinggi di Jepun dan menjalankan aktiviti sokongan pemakanan menggunakan kuasa asid amino, termasuk menyediakan produk Kumpulan Ajinomoto seperti aminoVital® dan mempromosikan Winning Meals Kachimeshi®*2. Dengan menggunakan pengetahuan ini, enam anak syarikat Kumpulan Ajinomoto di rantau ASEAN telah mengikuti Projek Kemenangan ASEAN® dengan persatuan sukan, atlet dan sekolah sukan di negara masing-masing sejak 2018. Ajinomoto (M) Berhad (“AMB”) merupakan salah satu syarikat ASEAN yang menyokong Projek Kemenangan®. Di samping itu, Ajinomoto Co. akan menggunakan tajaan rasmi Sukan SEA ini sebagai peluang untuk memberikan sokongan selanjutnya di bawah Projek Kemenangan® ASEAN melalui anak-anak syarikatnya di rantau ASEAN. 

Composite Logo Basic Type(SEA GAMES+PARA)

AMB telah menerima sokongan padu daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk "Projek Kesedaran Pemakanan Sukan" di Sekolah Sukan Bukit Jalil (BJSS) sejak 2019, dengan matlamat untuk membantu pelajar atlet dalam mengekalkan pengambilan nutrisi yang seimbang dan sihat. Hasilnya, AMB menyokong pelajar atlet mencapai "KEMENANGAN" dengan menyediakan Winning Meals Kachimeshi®, ceramah pendidikan dan menubuhkan sudut pemakanan sukan untuk meningkatkan lagi pengetahuan pemakanan pelajar atlet. Pada tahun 2022, AMB telah memperluaskan perjalanan ke Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP).

Ajinomoto Co. mempunyai pangkalan perniagaan di Malaysia, Kemboja (tuan rumah acara tersebut), serta di Filipina, Thailand, Indonesia, Singapura, Vietnam dan lain-lain, dan telah menjalankan perniagaan makanan pengguna di negara-negara tersebut selama bertahun-tahun, lantas mengekalkan hubungan rapat dengan budaya makanan tempatan. Ajinomoto Co. akan terus memberikan sokongan terhadap sukan untuk menyumbang kepada penyelesaian isu makanan dan kesihatan orang ramai di setiap negara.  

 

*1. Sokongan aktiviti termasuk panduan tentang pemakanan sukan dan pelaziman asid amino untuk atlet peringkat tertinggi di kejohanan antarabangsa.
*2. Program pemakanan Ajinomoto Co. untuk menambahbaik persekitaran pemakanan atlet.


Rujukan
Gambaran keseluruhan KEMBOJA 2023 (Sukan SEA ke-32 / Sukan Para ASEAN ke-12)
1. Lokasi:                Kemboja
2. Jadual acara:                 < Sukan SEA ke-32 > 5 hingga 17 Mei 2023 (13 hari)
< Sukan Para ASEAN ke-12 > 3 hingga 9 Jun 2023 (7 hari)
3. Negara yang mengambil bahagian:     Thailand, Indonesia, Filipina, Vietnam, Malaysia, Brunei, Kemboja, Laos, Myanmar, Singapura dan Republik Demokratik Timor-Leste (Jumlah 11 negara)
4. Penganjur:             Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Tenggara Kemboja 2023
 

Siaran Akhbar