Ajinomoto (M) Berhad melancarkan laman web Semua-Dalam-Satu Smart Cooking

Ajinomoto (M) Berhad Launches All-in-one Smart Cooking Website

KUALA LUMPUR, 19 DISEMBER 2023 –  Ajinomoto (M) Berhad telah melancarkan laman web Smart Cooking iaitu platform memasak Semua-Dalam-Satu yang mesra pengguna bagi keperluan individu berpengalaman atau sebaliknya dalam dunia kulinari. Platform in memudahkan proses masakan dan menawarkan pengalaman yang menarik dalam dunia masakan.

Laman Web Smart Cooking ini merupakan platform komprehensif yang menyediakan lebih 100 resipi sihat, lazat serta kreatif untuk pelbagai jenis hidangan. Laman web ini juga tersedia dalam tiga Bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Mandarin.

Anda boleh memilih dan menyesuaikan hidangan anda dengan mudah berdasarkan bahan-bahan pilihan anda, kaedah, tahap penguasaan, tempoh memasak, dan saiz hidangan. Sistem pintar ini secara automatik akan mengira bahan- bahan yang diperlukan secara tepat untuk saiz hidangan anda.

Ia amat mudah dan memberikan anda inspirasi untuk menyediakan makanan yang seimbang untuk seisi keluarga anda dan pada masa sama mengurangkan pembaziran makanan. Dalam dunia di mana kemampanan dan penggunaan sumber yang cekap semakin penting, meminimumkan sisa makanan telah menjadi keutamaan utama bagi kebanyakan isi rumah.

Selain itu, dengan menjadi ahli, anda boleh menikmati pelbagai keistimewaan, termasuk mengumpul mata dengan setiap interaksi di laman web dan menukarnya dengan hadiah eksklusif. Selain itu, anda kini boleh membeli produk Ajinomoto secara terus dari laman web dan kami akan menghantarnya ke rumah anda.

Ajinomoto (M) Berhad Launches All-in-one Smart Cooking Website


Dengan inovatif ini, AMB ingin merevolusikan perjalanan kulinari anda dengan menyediakan produk yang ringkas dan mudah di mana setiap hidangan akan menjadi kenangan abadi bersama keluarga secara tidak langsung membantu anda memahami moto kami iaitu “Eat Well, Live Well.”

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Smart Cooking di www.smartcooking.com.my atau laman web Ajinomoto Malaysia di www.ajinomoto.com.my.

Siaran Akhbar