Ajinomoto (M) Berhad Menyokong Perniagaan Makanan Tempatan dalam Pendigitalan melalui Rakan Biz Makanan

Ajinomoto (M) Berhad Supports Local Food Businesses in Digitalisation through Food Biz Partner

KUALA LUMUR, 7 Oktober 2022 – Sejajar dengan aliran semasa dalam pendigitalan, kebanyakan perniagaan makanan tempatan menggunakan platform digital untuk menjangkau lebih ramai pelanggan. Sebagai sebahagian daripada Inisiatif Penciptaan Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV), Ajinomoto (M) Berhad (AMB) baru-baru ini telah melancarkan laman web Ajinomoto Food Biz Partner yang bertujuan untuk menyokong perniagaan makanan tempatan bagi meneroka peluang baharu dalam suasana digital.

Laman web ini dicipta khas untuk menyokong perniagaan makanan tempatan dengan menyediakan maklumat yang bernilai dan petua perniagaan daripada cef-cef profesional, berkongsi pengetahuan mengenai perniagaan digital melalui ‘Biz Talk’, dan berkongsi pelbagai resipi melalui ‘Biz Recipe’. Selain itu, ia juga menyediakan platform yang mudah untuk pelanggan membeli produk perkhidmatan makanan AMB yang kualiti dan mengakses sokongan pelanggan 24/7, semuanya tersedia di hujung jari mereka.

AMB berharap inisiatif ASV ini akan dapat menyokong perniagaan makanan tempatan dengan membantu mereka menjangkau lebih ramai potensi pelanggan untuk merasai makanan lazat mereka dan meneruskan "Eat Well, Live Well". Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ajinomotofoodbizpartner.com.my

Siaran Akhbar