Ajinomoto (M) Berhad terus menyokong atlet negara di Sukan SEA ke-32, Kemboja 2023

Ajinomoto (M) Berhad continues to support National Athletes at the 32nd SEA Games, Cambodia 2023

KUALA LUMPUR, 14 April 2023 - Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) terus komited menyokong tiga atlet negara meraih kejayaan menerusi program nutrisi sukan sebagai persediaan menghadapi temasya Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) ke-32 di Kemboja pada Mei 2023 ini.

Ajinomoto Co., Inc. sebagai Rakan Kongsi Premium Sukan SEA ke-32 dan Sukan Para ASEAN ke-12, yang juga merupakan acara sukan terbesar di Asia Tenggara akan terus memperjuangkan ASEAN Victory Project® untuk menyokong atlet peringkat atasan melalui program pemakanan dan kemajuan dalam teknologi asid amino.

Ia juga berfungsi sebagai sebahagian daripada inisiatif Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV) untuk mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat. ASEAN Victory Project® telah dilancarkan pada tahun 2003, yang membolehkan AMB memacu kemajuan makanan dan kesihatan, khususnya dalam pemakanan sukan.

Tahun ini, AMB dengan bangganya meneruskan sokongan terhadap tiga atlet negara iaitu pemegang rekod kebangsaan dalam acara lompat jauh, Andre Anura Anuar; pelempar cakera, Queenie Ting Kung Ni dan atlet lompat galah, Nor Sarah Adi yang menyertai program nutrisi sukan Winning Meals Kachimeshi® dari April hingga Jun 2023.

AMB berharap integrasi nutrisi dan sukan oleh Ajinomoto Co. akan mendedahkan potensi sebenar Andre Anura Anuar, Queenie Ting Kung Ni, dan Nor Sarah Adi dalam mencapai kejayaan besar di Sukan SEA di Kemboja 2023.

Pada Sukan SEA Vietnam 2021 sebelum ini, tiga atlet negara di bawah kerjasama ASEAN Victory Project® ini berjaya menamatkan misi mereka dengan cemerlang.

Sepanjang kursus, atlet dididik dan dihidangkan dengan diet seimbang yang disusun khas oleh pakar pemakanan untuk memenuhi keperluan dan sasaran latihan atlet. Di samping itu, diet atlet digabungkan dengan aminoVITAL® AMB yang dirumus dengan Asid Amino Rantaian Bercabang (BCAA) untuk meningkatkan prestasi senaman, menguatkan daya tahan otot, membantu pemulihan otot dan mengurangkan keletihan otot.

Sementara itu, AMB juga  menjalankan beberapa siri promosi untuk meningkatkan kesedaran orang ramai, khususnya dalam kalangan rakyat Malaysia yang aktif mengenai kepentingan pemakanan sukan dalam menyokong gaya hidup aktif dan kehidupan sihat. Pastikan anda mengikuti halaman media sosial Ajinomoto (Malaysia) Berhad @myajinomoto di Facebook dan Instagram serta @aminoVITAL® di Facebook.

Siaran Akhbar