aminoVITAL® Tingkatkan Prestasi 3,600 Penunggang Basikal di L'Étape Malaysia by Tour de France

aminoVITAL® Elevates 3,600 Cyclists' Performance at L'Étape Malaysia by Tour de France

KUALA LUMPUR, 17 JULAI 2023 - Ajinomoto (M) Berhad (AMB) berbesar hati selepas sekali lagi berperanan sebagai penaja bersama bagi L'Étape Malaysia by Tour de France yang diadakan pada 8 hingga 9 Julai 2023 di Desaru Coast, Johor dengan penyertaan sebanyak 3,600 penunggang basikal dari 47 buah negara.

Ini merupakan tahun kedua penglibatan AMB, dan merupakan kali pertama tujuh kakitangan AMB menyertai acara tersebut sebagai duta aminoVITAL®, yang menekankan lagi komitmen jenama tersebut.

Penajaan strategik ini merupakan dedikasi AMB terhadap Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV) dengan mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan individu yang aktif. L'Étape by Tour de France merupakan siri acara basikal yang memberikan peluang kepada penunggang basikal amatur untuk merasai pengalaman Tour de France.

Acara ini menampilkan aminoVITAL® sebagai produk utama, iaitu minuman berperisa jeli epal yang diformulasikan khas dengan 3000mg Asid Amino penting, terutamanya Asid Amino Rantaian Bercabang (BCAA). BCAA sesuai untuk mempertingkatkan daya tahan otot, meningkatkan prestasi, membantu pemulihan otot, dan mengurangkan keletihan otot yang dapat mengoptimumkan prestasi peserta semasa acara tersebut.

Sepanjang acara tersebut, penunggang basikal diberikan aminoVITAL® bagi memberi tenaga tambahan dan merasai sendiri manfaat BCAA. Selain itu, aminoVITAL® menyediakan reruai khas dengan aktiviti interaktif, menawarkan pembelian produk dengan harga istimewa, termasuk beberapa barangan percuma.

Melalui inisiatif ini, AMB memberi sokongan terhadap individu yang aktif menerusi "Makan Sihat, Hidup Aktif" dengan meningkatkan prestasi penunggang basikal dengan aminoVITAL® termasuk maklumat pemakanan sukan mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook @amino VITAL Malaysia dan laman web di www.ajinomoto.com.my

Siaran Akhbar