JAKIM Menganugerahkan Syarikat Ajinomoto “Pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia Terbaik”

JAKIM Awarded Ajinomoto Company “The Best Malaysian Halal Certificate Holder”

KUALA LUMPUR, 2hb Disember 2021 – Ia merupakan satu pencapaian hebat bagi Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) untuk menerima Anugerah “Pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia Terbaik” di bawah Kategori Industri Besar oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), semasa Persidangan Halal Kebangsaan 2021. Persidangan tersebut telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Ismail Sabri.

Anugerah berkenaan telah disampaikan kepada Ketua Pegawai Pengeluaran AMB, En. Azhan Mohamed oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Tuan Haji Idris Haji Ahmad pada 23 November 2021.

AMB telah wujud semenjak tahun 1961, dengan operasi perniagaan pertamanya sebagai pengeluar tunggal AJI-NO-MOTO® Monosodium Glutamat (MSG) di Malaysia. Ini membuatkan AMB memperoleh reputasi sebagai salah satu syarikat Jepun yang pertama di negara ini.

Pada tahun 1965, AMB telah dianugerahkan pensijilan Halal, berikutan permulaan operasi kilang "AJI-NO-MOTO". Syarikat Ajinomoto telah berkembang menjadi pengeluar makanan dan perasa yang dinamik, dengan menawarkan pelbagai jenama yang dipercayai oleh rakyat Malaysia di seluruh negara selama beberapa dekad.

Sebagai jenama yang terkenal, AMB sentiasa komited sepenuhnya dalam mematuhi Piawaian Pensijilan Halal Malaysia bagi memenuhi keperluan pasaran tempatan dan eksport.

Pemindahan kilang baharu ke Hab Halal di Bandar Enstek, Negeri Sembilan pada tahun hadapan akan terus mempromosikan kekuatan AMB sebagai syarikat makanan halal yang dipercayai serta digemari oleh semua pihak berkepentingan di seluruh pasaran tempatan dan luar negara, termasuk Timur Tengah.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Mr. Meor / Ms. Cindy di talian +60-3-7980 6958 (Ext 264 / 439) atau meor@ajikl.com.my / liting@ajikl.com.my

Siaran Akhbar