Memperkasakan Kelestarian: Ajinomoto (Malaysia) Berhad, MAREA jalin usaha sama

MD photo

KUALA LUMPUR, 23 APRIL 2024 - Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) mengumumkan kolaborasi bersama Malaysian Recycling Alliance (MAREA) bagi memperkasakan usaha ke arah memupuk amalan kelestarian di Malaysia.

Antara objektif utama usaha sama ini ialah menghasilkan pembangunan dasar yang lebih progresif selain menyumbangkan pandangan berwibawa bagi mencipta persekitaran bersesuaian dengan pembangunan dan melaksanakan dasar Peluasan Tanggungjawab Pengeluar (EPR) ¹ lebih efektif di negara ini. Pada masa sama, AMB turut berhasrat untuk menjuarai usaha ke arah kelestarian sama ada di Malaysia mahu pun di luar negara.

Di bawah Peta Hala Tuju FY30, AMB menyasarkan 100 peratus bahan pembungkusan yang boleh dikitar semula. AMB melihat program sukarela EPR sebagai langkah penting serta selari dengan hala tuju Ajinomoto Co., Inc., Jepun (“Ajinomoto Co.”), untuk mencapai sifar pembaziran plastik menjelang tahun 2030.

Selaras dengan pilar ESG AMB keempat iaitu ‘Memperkasakan Masyarakat’, kami komited untuk memperkasakan pihak berkepentingan serta orang ramai, merangkumi pembekal hingga pekerja, pelanggan dan komuniti tempatan. Kolaborasi bersama MAREA menjanjikan manfaat dan peluang yang lebih besar sama dalam memulakan program EPR mahu pun meningkatkan impak sosial kami.

Secara kesimpulannya, usaha AMB untuk melaksanakan program EPR ini selari dengan hala tuju yang ditetapkan oleh Ajinomoto Co. menerusi Buku Panduan Projek Sifar dan keperluan negara. Keputusan syarikat untuk menyertai MAREA adalah langkah penting untuk melaksanakan usaha ini dan memacu amalan kelestarian di negara ini.

*Peluasan Tanggungjawab Pengeluar (EPR) ¹
EPR merupakan pendekatan dasar yang meletakkan tanggungjawab kepada pengeluar untuk merawat dan melupuskan produk yang telah digunakan.