Menyemai Kasih Sahur: Kempen Seri-Aji® 2024 menyemarakkan PPR dengan pelbagai aktiviti menarik

 

Spreading Sahur Love: Seri-Aji® 2024 Hits PPRs with  Joyful Events

 

KUALA LUMPUR, 3 MAC 2024 – Ajinomoto Malaysia Berhad (AMB) menganjurkan Kempen Bersahur
Bersama Seri-Aji® 2024
yang bertujuan merevolusikan penyediaan sahur menjadi pengalaman
berharga, cepat dan melazatkan sepanjang bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.
Selain itu, kempen ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan bersahur pada
bulan Ramadan dan mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat. Objektif utamanya
termasuk menggalakkan pemakanan seimbang, mempromosikan konsep Sahur yang ringkas, dan
menekankan keseronokan bersahur bersama keluarga.


Semasa kempen ini, AMB juga akan mengedarkan pek produk yang dapat memberi manfaat kepada
25,000 isi rumah di 20 lokasi PPR berbeza di sekitar Lembah Klang. Kami berharap dengan langkah ini
dapat meningkatkan kesejahteraan penduduk dan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan
Sahur dengan pilihan hidangan yang seimbang dan ringkas.
Pada masa sama, terdapat beberapa aktiviti menarik yang akan dianjurkan di PPR Seri Alam Fasa 2
dan Dewan PPR Lembah Subang 2 iaitu demonstrasi masakan secara langsung, pengedaran
makanan, permainan, aktiviti seni pasir dan cabutan bertuah.

Spreading Sahur Love: Seri-Aji® 2024 Hits PPRs with  Joyful Events

Kempen Bersahur Bersama Seri-Aji® 2024 ini akan bermula pada 14 Februari hingga 9 April 2024
dengan slogan "Konfem Senang, Konfem Sedap". Peserta berpeluang memenangi pelbagai hadiah
menarik bernilai RM20,000 dalam peraduan Beli & Menang.

Hadiah termasuk hadiah utama Bar Emas seberat 5g untuk lima pemenang bertuah, berserta hadiah
mingguan TnG e-Dompet bernilai RM11,000 secara keseluruhan. Penyertaan adalah mudah dengan
hanya beli produk Seri-Aji® bernilai RM6 sudah melayakkan anda untuk menyertai peraduan. Layari
smartcooking.com.my untuk maklumat lanjut.

Sertai kami dalam perjalanan yang menarik ini dengan melakukan persiapan sahur yang mudah dan
ringkas untuk anda sekeluarga. Dengan Seri-Aji®, ia bukan sahaja mengenai kemudahan – ia
berkaitan mencipta detik berharga yang tidak dapat dilupakan. “Konfem Senang, Konfem Sedap”
dengan Seri-Aji®! Selamat Berpuasa!

Siaran Akhbar