Nikmati Produk Sensasi Terbaharu dari Seri-Aji®: Nasi Goreng Kari dan Sup Ayam

seri-aji cover

KUALA LUMPUR, 3 NOVEMBER 2023 Dalam dunia yang bergerak pantas pada hari ini, mengamalkan gaya hidup sihat dan mengekalkan diet seimbang menjadi satu cabaran buat keluarga yang bekerja. Ajinomoto (M) Berhad (AMB), sebuah syarikat makanan dan perasa terkemuka di Malaysia, memahami kepentingan ini dan ingin mengumumkan dua produk sensasi terbaharu dari Seri-Aji®, iaitu Nasi Goreng Kari dan Sup Ayam.

Nasi Goreng Kari dan Sup Ayam adalah hasil ciptaan sensasi kulinari yang bakal menambat hati rakyat Malaysia. Nasi Goreng Kari akan memberikan kepuasan dengan rasa yang menyelerakan dan seimbang untuk semua manakala Sup Ayam pula dihasilkan untuk memudahkan namun menyelerakan, ia sempurna untuk suri rumah yang sentiasa sibuk dalam menguruskan kerja di rumah.

Anda kini boleh menikmati masa bersama keluarga yang berkualiti menjadikan hubungan lebih akrab dan membahagiakan. Ini merupakan pengalaman baharu bersama keluarga.

curry fried rice

Serbuk perasa Nasi Goreng Kari kami mengandungi bahan-bahan sebenar, termasuk rasa kari yang aromatik dengan kadar kepedasan yang sempurna untuk dinikmati keluarga anda. Sementara Sup Ayam kami pula menggabungkan rempah ratus berkualiti tinggi yang dipilih dengan teliti bagi memastikan anda dapat menikmatikelazatan dalam setiap hidangan. Tambahan garam juga tidak diperlukan apabila menggunakan produk ini.

Chicken Soup

Dengan inovatif ini, AMB ingin merevolusikan perjalanan kulinari anda dengan menyediakan produk yang ringkas dan mudah di mana setiap hidangan akan menjadi kenangan abadi bersama keluarga secara tidak langsung membantu anda memahami moto kami iaitu “Eat Well, Live Well.”

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Ajinomoto Malaysia di www.ajinomoto.com.my atau laman web Smart Cooking oleh Sediapedia di www.smartcooking.com.my.

 

Siaran Akhbar