Raikan Tahun Arnab Penuh Kemakmuran bersama Ajinomoto Malaysia

Banner-Celebrate-Prosperous-Rabbit-Year

KUALA LUMUR, 17 Januari 2023 – Penyatuan semula merupakan nadi kepada sambutan Tahun Baru Cina. Apabila kita berkumpul untuk perayaan khas, makanan yang hebat pastinya membawa kita lebih dekat bersama-sama dan menyuburkan kasih sayang antara satu sama lain. Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) menyambut Tahun Arnab kali ini dengan melancarkan kempen Tahun Arnab Sejahtera.


Bersandarkan semangat kebersamaan pada musim perayaan ini, AMB bermatlamat untuk mempromosi dan berkongsi nilai kekeluargaan dan penyatuan semula dengan semua rakyat Malaysia di seluruh negara bagi mengekalkan tradisi hidup dan menyebarkan kegembiraan meraikan Tahun Baru Cina bersama keluarga. Oleh itu, AMB telah bekerjasama dengan 988 FM untuk menghasilkan Beautiful Life, sebuah filem pendek yang menekankan nilai kepentingan masa berkualiti bersama keluarga serta orang-orang dalam kehidupan kita dan AMB. AMB berhasrat dengan menggalakkan semua untuk memupuk nilai masa berkualiti serta kebersamaan, dengan harapan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara insan tersayang pada Tahun Baru Cina ini, melalui filem pendek ini.
 

Sempena kempen Tahun Arnab yang Penuh Kemakmuran, AMB meneruskan misinya untuk menggalakkan pemakanan sihat dengan berkongsi resipi makanan ruji Tahun Baharu Cina dan makanan ringan perayaan popular yang lazat dan berkhasiat melalui platform digital. Bukan itu sahaja, anda berpeluang memenangi hadiah utama dan harian bermula 3 Januari 2023 sehingga 5 Februari 2023 melalui dua peraduan berasingan yang diadakan di laman Facebook Ajinomoto Malaysia! Selain itu, nikmati penerimaan hadiah percuma dan paket Angpao premium edisi khas dengan setiap pembelian secara pukal produk AMB berkualiti tinggi dari platform atas talian kami di Shopee dan Lazada.


Pihak AMB berharap dapat mencipta dan berkongsi kemeriahan Tahun Baru Cina dengan seluruh rakyat Malaysia melalui hidangan perayaan yang berkhasiat dan lazat, serta boleh dinikmati bersama-sama keluarga, agar kita semua  "Eat Well, Live Well." pada Tahun Baru Cina ini.


Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.ajinomoto.com.my atau www.facebook.com/MyAjinomoto

 

Siaran Akhbar