Rebut Peluang Menangi Hadiah Bernilai RM38,888 Sempena Kempen Tahun Baharu Cina Ajinomoto Malaysia x Le Creuset

win prices

 

KUALA LUMPUR, 29 JANUARI 2024 – Bersedia untuk menyelami dunia kulinari dengan kerjasama yang julung-julung kali antara Ajinomoto (Malaysia) Berhad dengan jenama peralatan memasak terkemuka dunia, Le Creuset yang menawarkan pengalaman luar biasa sempena Sambutan Tahun Baharu Cina.

Kempen Beli & Menang Ajinomoto Malaysia x Le Creuset's ini akan memberikan anda pengalaman baharu dengan pelbagai resipi perayaan bermula pada 1 Januari hingga 29 Februari 2024.

Pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM38,888 menanti anda dengan Hadiah Utama merupakan Le Creuset's Round French Oven dan Square Skillet Grill, Hadiah Kedua Le Creuset's Round Skillet dan Rice Bowl Set, dan Hadiah Ketiga Le Creuset's Stockpot.

Selain itu, terdapat 8 Hadiah Sagu Hati iaitu Le Creuset’s Sauce Pan yang boleh dimenangi, serta 20 Pemenang Dwibulanan yang akan menerima kredit Touch & Go bernilai RM50, dengan 5 pemenang dipilih dwibulanan.

Setiap peserta juga akan diberi ganjaran tambahan iaitu baucar RM50 Le Creuset apabila penyertaan berjaya dihantar.

Untuk menyertai pertandingan, ikuti dua langkah mudah:

  1. Buat pembelian minimum bernilai RM15 produk Ajinomoto dalam satu resit.
  2. Kongsi gambar resit beserta butiran anda (Nama Penuh dan Nombor Kad Pengenalan) dan hantar menerusi WhatsApp di +6019-220 9950.

Pada masa sama, pelajari 9 koleksi resipi Tahun Baharu Cina yang mudah dan istimewa daripada kami, ia memberikan pengalaman kulinari baharu seperti Aneka Cendawan Goreng bersama Abalon dan Kekapis, Udang dan Kepah Bawang Putih Kukus, Sup Ayam dan ‘Fish Maw’, dan Ajinomoto Gyoza. Setiap hidangan dilimpahi dengan kasih sayang dan memberikan kenangan abadi bagi membantu anda memahami moto “Eat Well, Live Well.”

Untuk maklumat lanjut mengenai resipi Tahun Baharu Cina dan butiran pertandingan, sila layari laman web Smart Cooking di www.smartcooking.com.my.

Siaran Akhbar