Syarikat Ajinomoto Menggalakkan Masyarakat “Eat Well, Live Well”

Eat Well, Live Well bersama Syarikat Ajinomoto

KUALA LUMPUR, 4 MAC 2022 – Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat secara konsisten sebagai sebahagian daripada inisiatif Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV). Sebuah program interaktif dan akademik secara maya, iaitu “Eat Well, Live Well” Bersama Syarikat Ajinomoto yang dianjurkan melalui aplikasi Zoom.

Aktiviti tersebut bertujuan untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia terhadap kepentingan hidangan harian yang sihat dan enak. Sepanjang program berkenaan, para peserta akan berpeluang untuk menerokai maklumat mengenai Umami dan fakta Monosodium Glutamat (MSG), serta demonstrasi penyediaan dua jenis hidangan; udang harimau dengan sos labu & nasi goreng bersama aneka daging merupakan tarikan program tersebut.

Jangan tunggu lagi dan rebut peluang untuk memenangi sebuah Ketuhar Elektrik bernilai sehingga RM200. Kongsikan maklumat ini bersama keluarga dan rakan-rakan anda untuk turut serta. Daftarlah sekarang melalui laman sesewang AMB di https://www.ajinomoto.com.my/live-stream mengikut slot bagi bulan Mac 2022:-

No Slot Language
1 12hb Mac 2022, Sabtu (10.00am – 11.00am) Bahasa Inggeris
2 17hb Mac 2022, Khamis (3.00pm – 4.00pm) Bahasa Malaysia
3 26hb Mac 2022, Sabtu (10.00am – 11.00am) Bahasa Inggeris

Kini, tabiat “Eat Well, Live Well” seharusnya memberi makna yang lebih mendalam kepada rakyat Malaysia. AMB berharap agar dapat meneruskan dan menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat demi kesejahteraan masyarakat melalui inisiatif ASV ini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Mr. Meor / Ms. Cindy di talian +60-3-7980 6958 (Ext 264 / 439) atau meor@ajikl.com.my / liting@ajikl.com.my

 

Siaran Akhbar