Elaine Tan Ai Lin
Pengarah Bebas Bukan Eksekutif
48, Malaysia
Perempuan
Cik Elaine telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Ajinomoto (Malaysia) Berhad pada 24 Februari 2023. Beliau telah menghadiri lima (5) mesyuarat Lembaga yang diadakan sepanjang tahun kewangan ini. Beliau juga merupakan ahli Jawatankuasa Pencalonan, Jawatankuasa Imbuhan dan Jawatankuasa Audit.
Cik Elaine memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang kelulusan University of Wales, Cardiff, United Kingdom. Beliau juga merupakan Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya dan memegang Sijil Amalan Guaman di Malaysia.
Beliau telah diterima masuk ke Badan Peguam Malaysia pada tahun 2001 dan mempunyai lebih 22 tahun pengalaman sebagai peguambela dan peguamcara di beberapa firma guaman, dengan 17 tahun terakhir sebagai rakan kongsi yang mengkhusus dalam kewangan korporat, penggabungan dan pengambilalihan serta hal-hal korporat dan komersial lain. Beliau menyertai Tetuan Lin Partnership sebagai rakan kongsi pada tahun 2023.
Beliau tidak memegang jawatan pengarah dalam mana-mana syarikat awam atau syarikat tersenarai yang lain. Beliau tidak mempunyai sebarang konflik kepentingan atau potensi konflik kepentingan, termasuk kepentingan dalam mana-mana perniagaan yang bersaing dengan Syarikat. Beliau juga tidak mempunyai sebarang hubungan kekeluargaan dengan mana-mana Pengarah lain atau pemegang saham utama Syarikat. Beliau juga tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan dalam tempoh lima (5) tahun yang lalu, selain daripada kesalahan trafik, jika ada, dan tidak pernah dikenakan sebarang sekatan awam atau penalti oleh mana-mana badan pengawal selia sepanjang tahun kewangan ini.