Norani Binti Sulaiman
Pengarah Bebas Bukan Eksekutif
69, Malaysia
Perempuan
Puan Norani telah dilantik ke Lembaga Pengarah Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) pada 1 Julai 2020. Beliau telah dilantik semula sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pencalonan daripada jawatan sebelumnya sebagai ahli Jawatankuasa Pencalonan pada 1 Jun 2023. Beliau juga merupakan ahli Jawatankuasa Audit dan Jawatankuasa Saraan. Beliau telah menghadiri kesemua lima (5) mesyuarat Lembaga yang diadakan pada tahun kewangan ini.
Puan Norani berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kejuruteraan Komunikasi daripada University of Kent, Canterbury, Kent, England. Beliau telah memulakan kerjayanya dalam bidang Kejuruteraan Komunikasi bersama Jabatan Telekom Malaysia pada tahun 1979. Beliau kemudian meneruskan kerjayanya pada tahun 1984 dalam sektor swasta dan telah menyertai dua syarikat multinasional yang ditubuhkan di Malaysia, di mana beliau berkhidmat selama sepuluh (10) tahun di setiap syarikat tersebut. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Perunding/Mentor di syarikat Akuakultur terbesar di Arab Saudi. Kini, beliau merupakan Perunding Bersekutu di Vigorous Vision (M) Sdn. Bhd. Pengalaman kerjayanya dalam sektor awam dan swasta dalam bidang Kejuruteraan serta Jualan/Pemasaran telah memberikannya pengalaman yang amat bernilai.
Beliau tidak memegang jawatan pengarah dalam mana-mana syarikat awam atau syarikat tersenarai yang lain. Beliau tidak mempunyai sebarang konflik kepentingan atau potensi konflik kepentingan, termasuk kepentingan dalam mana-mana perniagaan yang bersaing dengan Syarikat. Beliau juga tidak mempunyai sebarang hubungan kekeluargaan dengan mana-mana Pengarah lain atau pemegang saham utama Syarikat. Beliau juga tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan dalam tempoh lima (5) tahun yang lalu, selain daripada kesalahan trafik, jika ada, dan tidak pernah dikenakan sebarang sekatan awam atau penalti oleh mana-mana badan pengawal selia sepanjang tahun kewangan ini.