Noriko Fujimoto

Executive Director

51, Jepun
Perempuan

Noriko Fujimoto

Puan Fujimoto telah dilantik ke Lembaga Pengarah Ajinomoto (Malaysia) Berhad pada 1 Julai 2021. Beliau menghadiri semua lima (5) mesyuarat Lembaga yang diadakan dalam tahun kewangan tersebut. Beliau juga bukan ahli mana-mana Jawatankuasa Lembaga.

Puan Fujimoto telah menamatkan pengajian di Universiti Ochanomizu dengan Ijazah Sarjana (Kesusasteraan dan Pendidikan), Geografi pada Mac 1994.

Beliau menyertai Ajinomoto Co., Inc., Jepun pada tahun 1994 dan memulakan kerjayanya dengan Kumpulan Jualan untuk Perkhidmatan Makanan di cawangan Fukuoka serta telah memegang pelbagai jawatan di Jepun dalam Kumpulan Syarikat Ajinomoto.

Beliau tidak memegang jawatan pengarah dalam mana-mana syarikat awam atau penerbit yang disenaraikan. Beliau juga tidak mempunyai sebarang konflik kepentingan dengan Syarikat atau sebarang hubungan keluarga dengan mana-mana Pengarah atau pemegang saham Syarikat. Beliau juga tidak pernah dihukum atas sebarang kesalahan dalam tempoh lima (5) tahun, kecuali kesalahan trafik, jika ada, dan tidak menerima sebarang hukuman atau penalti awam yang dikenakan oleh badan-badan pengawalseliaan semasa tahun kewangan tersebut.