Shunsuke Sasaki

Executive Director,
Chief Finance Officer

45, Jepun

Lelaki

Shunsuke Sasaki

En. Sasaki telah dilantik ke Lembaga Pengarah Ajinomoto (Malaysia) Berhad pada 1 Julai 2019. Beliau menghadiri semua lima (5) mesyuarat Lembaga yang diadakan dalam tahun kewangan tersebut. Beliau bukan ahli mana-mana Jawatankuasa Lembaga.

En. Sasaki telah menamatkan pengajian di Universiti Hitotsubashi dengan Ijazah Sarjana Masyarakat dari Fakulti Sains Sosial pada tahun 2000.

Beliau menyertai Ajinomoto Co., Inc., Jepun pada tahun 2000 dan memulakan kerjayanya dengan Cawangan Tokyo serta telah memegang pelbagai jawatan di Jepun dalam Kumpulan Syarikat Ajinomoto selama hampir 15 tahun dalam bidang kewangan, kewangan treasury, perakaunan, dan cukai.

Beliau tidak memegang jawatan pengarah dalam mana-mana syarikat awam atau penerbit yang disenaraikan. Beliau juga tidak mempunyai sebarang konflik kepentingan dengan Syarikat atau sebarang hubungan keluarga dengan mana-mana Pengarah atau pemegang saham Syarikat. Beliau juga tidak pernah dihukum atas sebarang kesalahan dalam tempoh lima (5) tahun, kecuali kesalahan trafik, jika ada, dan tidak menerima sebarang hukuman atau penalti awam yang dikenakan oleh badan-badan pengawalseliaan semasa tahun kewangan tersebut.