Tan Sri Dato’ (Dr.) Teo Chiang Liang
Pengerusi,
Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif
74, Malaysia
Lelaki
Tan Sri Dato' (Dr.) Teo telah dilantik ke Lembaga Pengarah Ajinomoto (Malaysia) Berhad pada 28 Jun 2001 sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif. Pada 4 Jun 2020, beliau dilantik sebagai Pengerusi Ajinomoto (Malaysia) Berhad. Pada masa yang sama, Tan Sri Teo telah dilantik semula sebagai ahli Jawatankuasa Audit daripada jawatannya sebelum ini sebagai Pengerusi, dan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Ganjaran daripada jawatan sebelumnya sebagai ahli jawatankuasa. Beliau juga merupakan ahli Jawatankuasa Pencalonan. Pada 31 Mei 2023, beliau kemudiannya dilantik semula sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif daripada Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif. Beliau telah menghadiri kelima-lima (5) mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan pada tahun kewangan ini.
Tan Sri Teo berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Pengajian Perniagaan dan M.Sc dalam Pengurusan & Pentadbiran dari United Kingdom (“UK”). Beliau telah berlatih di The Chartered Bank dan Pillar Naco Ltd di UK. Pada tahun 1975, beliau telah menyertai dan berkhidmat sebagai Pengarah See Hoy Chan Holdings Group, sebuah kumpulan syarikat yang terpelbagai dengan perniagaan terasnya dalam pelaburan hartanah dan pembangunan hartanah. Pada tahun 1990, beliau telah dianugerahkan Sijil Insurans Am oleh The Malaysian Insurance Institute dan dilantik sebagai Pegawai Utama untuk perniagaan Agensi Insurans hakmilik See Hoy Chan (Malaysia) Sdn. Bhd.
Berbangkit daripada penstrukturan semula Kumpulan See Hoy Chan Holdings pada Februari 2024, Tan Sri Teo telah dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Kumpulan Bandar Utama dengan perniagaan dalam pelaburan dan pengurusan hartanah, pembangunan hartanah, hotel dan perladangan kelapa sawit.
Tan Sri Teo telah dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif RHB Capital Berhad dari 2010 hingga 2016 dan RHB Insurance Berhad dari 2010 hingga 2015.
Tan Sri Teo telah dipilih sebagai Setiausaha Agung Persatuan Kolej & Universiti Swasta Malaysia dari tahun 1997 hingga 2003. Beliau telah dilantik sebagai ahli Panel Penasihat Pendidikan MSC pada tahun 1998. Beliau juga merupakan Ahli Seumur Hidup Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. Pada tahun 1998, The Nottingham Trent University di UK telah melantik Tan Sri Teo sebagai Profesor Universiti dan pada tahun 2001, Universiti tersebut telah menganugerahkan ijazah kehormat Doktor Pentadbiran Perniagaan kepadanya. Pada tahun 2006, beliau telah dipilih sebagai ahli Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia.
Beliau tidak memegang jawatan pengarah dalam mana-mana syarikat awam atau syarikat tersenarai yang lain. Beliau tidak mempunyai sebarang konflik kepentingan atau potensi konflik kepentingan, termasuk kepentingan dalam mana-mana perniagaan yang bersaing dengan Syarikat. Beliau juga tidak mempunyai sebarang hubungan kekeluargaan dengan mana-mana Pengarah lain atau pemegang saham utama Syarikat. Beliau juga tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan dalam tempoh lima (5) tahun yang lalu, selain daripada kesalahan trafik, jika ada, dan tidak pernah dikenakan sebarang sekatan awam atau penalti oleh mana-mana badan pengawal selia sepanjang tahun kewangan ini.