AMB dianugerahkan "Pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia Terbaik" oleh JAKIM

AMB dianugerahkan "Pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia Terbaik" oleh JAKIM
November 2021

Ia merupakan satu pencapaian yang membanggakan bagi Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) untuk menerima Anugerah “Pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia Terbaik” di bawah Kategori Industri Besar daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), semasa Persidangan Halal Kebangsaan 2021. Persidangan itu telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Ismail Sabri.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Tuan Haji Idris Haji Ahmad kepada Ketua Pegawai Pengeluaran AMB, En. Azhan Mohamed pada 23 November 2021.

AMB sentiasa komited sepenuhnya untuk mematuhi Piawaian Pensijilan Halal Malaysia bagi memenuhi keperluan pasaran tempatan dan luar negara. Pemindahan kilang baharu ke Hab Halal di Bandar Enstek, Negeri Sembilan pada tahun depan akan menggalakkan lagi kekuatan AMB sebagai syarikat makanan halal yang dipercayai oleh semua pihak berkepentingan di pasaran tempatan dan luar negara termasuk negara Timur Tengah.

 

 

 

PIHAK PENGURUSAN
AJINOMOTO (M) BERHAD