Ajinomoto (Malaysia) Berhad Terus Memperluaskan Projek Kesedaran Pemakanan Sukan ke Sekolah Sukan Malaysia Sabah
KUALA LUMPUR, 26 September 2023 - Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) memperluaskan Projek Kesedaran Pemakanan Sukannya ke Sekolah Sukan Malaysia Sabah (SSMS) tahun ini sebagai sebahagian inisiatif Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV) untuk menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan atlet pelajar dalam mencapai "KEMENANGAN".
Projek tersebut baru-baru ini dilancarkan dan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Pelajar & Pengurusan Sekolah, Sukan, Kokurikulum, dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Encik Ezaiddin Hussain bersama Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Urusan AMB, Encik Riichiro Osawa.
Sekolah Sukan Bukit Jalil (BJSS) menjadi sekolah pertama yang dipilih pada tahun 2019 bagi projek ini sebelum diteruskan ke Sekolah Sukan Pahang Malaysia (SSMP) pada tahun 2022 dengan sokongan yang berterusan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Projek ini telah berjaya mengumpulkan lebih daripada 1050 atlet pelajar melibatkan sekolah dari BJSS, SSMP, dan SSMS yang telah diberikan pendidikan mengenai pemakanan sukan melalui ceramah pendidikan, penyediaan hidangan menerusi Program Pemakanan Sukan Winning Meals Kachimeshi®, poster, dan sudut maklumat yang disediakan oleh AMB.
AMB berharap dengan kerjasama antara KPM dan sekolah sukan kebangsaan akan terus memberi manfaat kepada lebih banyak atlet pelajar melalui pemakanan seimbang dan pengambilan diet yang lebih sihat.
AMB akan terus menyokong dan menyumbang kepada peningkatan semangat sukan Malaysia dalam mencapai “KEMENANGAN” dengan menggalakkan atlet muda untuk "Eat Well, Live Well" bersama Ajinomoto.
Untuk maklumat lanjut mengenai Projek Kesedaran Pemakanan Sukan, sila layari https://www.ajinomoto.com.my/asv/about-sports-nutrition#tab_1302_3