Memperkenalkan “Ajinomoto Gyoza” HALAL: Rasai Sendiri Kelazatan Makanan Jepun Yang Asli
KUALA LUMPUR, 20 November 2023 – Ajinomoto (M) Berhad (AMB), nama yang dipercayai dalam dunia kulinari dengan gembiranya memperkenalkan “Ajinomoto Gyoza”, jenama nombor 1 Jepun. Ia adalah Gyoza autentik yang akan memikat selera anda dengan kombinasi sempurna daging ayam yang lembut dan sayur-sayuran yang lazat, dibaluti dengan kulit yang nipis serta rangup menerusi kaedah menggoreng dengan minyak yang sedikit.
“Ajinomoto Gyoza” terkenal dengan proses penyediaan yang mudah, kelazatan luar biasa dan Gyoza Jepun yang autentik (berbanding Gyoza daripada jenama lain yang terdapat di pasaran). Ia juga menerima Pensijilan Halal daripada JAKIM, memastikan semua orang dapat menikmati kelazatannya. Dengan Pensijilan Halal ini, mengukuhkan lagi kedudukan AMB sebagai syarikat makanan Halal yang dipercayai.
Permata kulinari ini bukan hanya satu hidangan; ia adalah satu pengalaman yang dicipta khas untuk memikat bukan sahaja pemain industri makanan atau pelanggan di restoran Jepun, malah ia turut memikat selera individu di rumah.
Anda boleh menikmati Gyoza dengan pelbagai cara! Sama ada anda lebih suka menggoreng atau mengukus , "Ajinomoto Gyoza" adalah pasport anda untuk kebahagiaan kulinari. Produk ini cepat dan mudah untuk disediakan, dengan tempoh memasak hanya 5 minit, menggunakan bahan-bahan mudah seperti minyak dan air. Untuk kenikmatan yang terbaik, kami mencadangkan kaedah menggoreng dengan minyak yang sedikit kerana ia adalah kaedah memasak Gyoza Jepun yang autentik. Ikuti langkah memasak yang terdapat pada pembungkusan untuk hasil terbaik.
Anda juga boleh mendapatkan "Ajinomoto Gyoza" di cawangan Jaya Grocer dan Don Don Donki berdekatan.
Dengan inovatif ini, AMB ingin merevolusikan perjalanan kulinari anda dengan menyediakan produk yang ringkas dan mudah di mana setiap hidangan akan menjadi kenangan abadi bersama keluarga secara tidak langsung membantu anda memahami moto kami iaitu “Eat Well, Live Well.”
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Ajinomoto Malaysia di www.ajinomoto.com.my. Pada masa sama, jangan lupa ikuti laman sosial Ajinomoto (Malaysia) Berhad @myajinomoto di Facebook dan Instagram untuk maklumat dan perkembangan terbaharu!