6 Resipi Ayam Sihat & Berkhasiat untuk Menyokong Gaya Hidup Aktif Anda


Pemakanan yang sihat bermaksud mengambil pelbagai jenis makanan yang membekalkan anda dengan nutrien penting untuk mengekalkan atau meningkatkan kesihatan secara keseluruhan. Protein, karbohidrat, lemak, vitamin, dan mineral adalah penting dalam mengekalkan diet yang seimbang dan sihat. Ayam adalah salah satu protein yang popular di Malaysia. Resipi ayam ini sesuai untuk individu aktif yang mencari hidangan lazat yang dapat menambah tenaga & memenuhi keperluan pemakanan mereka.

Oleh itu, mari kita lihat 6 resipi ayam yang sihat dan berkhasiat serta boleh disediakan dalam masa 60 minit. Sediakan buku nota dan pen, dan bersedia untuk catat bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan semua hidangan ini.

 

1. Set Ayam Gajus
 

 

Set Ayam Gajus adalah hidangan ayam yang ditumis empuk dan ditambah dengan kacang gajus bersama sos bawang putih. Biasanya dihidangkan bersama nasi, hidangan lazat ini terkenal di Thailand, dan sekarang anda juga boleh membuatnya di rumah! Ia mempunyai gabungan tekstur yang sempurna, mudah disediakan, dan kaya dengan protein. Pastikan anda menggunakan perasa berkualiti tinggi seperti Rasa Sifu™ , Penambah Perasa Semua Dalam Satu bagi menambah kelazatan hidangan ini. Beras perang yang digunakan dalam hidangan ini adalah sumber serat pemakanan yang menyediakan sumber tenaga yang baik. Kandungan protein tinggi hidangan ini memberikan otot anda asid amino yang diperlukan untuk membaiki dan membina semula, bersedia untuk pusingan senaman yang seterusnya atau kedua-duanya!

 

2. Set Ayam Teriyaki
 

 

Bayangkan menikmati peha ayam tanpa kulit yang rangup, digoreng dan dihidang bersama sos teriyaki buatan sendiri yang ditambah sedikit AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa. Set Ayam Teriyaki ini adalah hidangan yang seimbang yang kaya dengan antioksidan, protein tinggi dan karbohidrat. Karbohidrat adalah penting untuk latihan intensiti tinggi. Tidak mengambil vitamin dan mineral yang mencukupi di dalam badan boleh menyebabkan keletihan dan memberi kesan kepada prestasi fizikal. Hidangan ini sebaiknya dinikmati 3 hingga 4 jam sebelum bersenam.

 

3. Lasagna Ayam Berkeju

 


Lasagna Ayam Berkeju adalah hidangan Itali mudah yang dibuat dengan lapisan pasta yang disusun berselang-seli dengan ayam dan puri tomato. Kemuadian ia dicampur dengan sayur-sayuran lain. Hidangan yang enak ini sesuai untuk dimakan selepas latihan. Makanan yang kaya dengan protein boleh membuat kita berasa lebih kenyang walaupun dengan kuantiti yang sedikit. Ia menyumbang kepada pengurusan berat badan yang lebih baik. Oleh itu, kembalikan semula tenaga anda selepas senaman yang berintensiti tinggi dengan hidangan ini!

 

4. Set Pai Ayam
 

 

Rasa seperti mahukan sesuatu yang ringan dan enak? Resipi Pai Ayam kami adalah untuk anda! Ianya Lazat dan mudah disediakan, resipi ini cukup mudah untuk disediakan dengan mengunakan daging ayam tanpa lemak untuk protein tinggi dan hidangan rendah kalori! Ia mengandungi hanya 460 kcal dan merupakan hidangan yang sesuai untuk latihan ketahanan atau senaman intensiti rendah seperti yoga, pilates, berjalan dan berjoging. Jika anda sedang mencari hidangan yang sihat dan penuh dengan asid amino, anda boleh mencuba resipi ini. Badan kita menggunakan asid amino untuk membina semula tisu otot, faktor yang sangat penting semasa senaman, pemulihan dan peningkatan yang menyeluruh!

 

5. Set Ayam Masak Merah
 

 

Ayam Masak Merah adalah resipi ayam yang sangat mudah dan sihat! Kami tahu air tangan ibu adalah yang terbaik tapi tidak salah untuk anda mencuba sendiri untuk menyediakan hidangan kegemaran ramai ini! Hanya masukkan campuran rempah dan bahan-bahan segar seperti puri tomato dan pes cili.  Dada ayam yang lembut pula dimasak dalam sos tomato bawang putih, dicampur menjadi pes berkrim. Ia adalah hidangan selepas senaman yang sempurna kerana ia mengandungi kandungan protein yang tinggi dan rendah kalori.

 

6. Set Isi Ayam Panggang Daun Ketumbar
 

 

Ayam kaya dengan pelbagai nutrien penting termasuk protein, niasin, selenium, dan fosforus. Ayam adalah rendah kalori tetapi tinggi protein, ia sangat bermanfaat bagi mereka yang dalam proses penurunan berat badan. Apabila mengambil protein yang mencukupi dan kemudian melakukan latihan rintangan, protein dalam daging ayam akan membantu menggalakkan pertumbuhan otot dan meningkatkan kadar metabolisma yang akan membantu proses penurunan berat badan. Di sini kita mempunyai resipi Ayam Panggang yang hanya memerlukan bahan mudah dan boleh disediakan dalam masa 60 minit.

Dapatkan lebih banyak resipi yang berkhasiat dan sihat untuk gaya hidup aktif harian anda melalui pautan ini https://www.ajinomoto.com.my/active-individual-recipes