Mempromosikan Gaya Hidup Sihat Melalui Kempen “Campur, Campur, Siap!”

KUALA LUMPUR, 2 Oktober 2018 – Melalui Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2017, 23 daripada 25 orang remaja di Malaysia tidak mengamalkan pengambilan sayur-sayuran yang mencukupi dalam diet harian mereka. Hal ini disebabkan oleh tabiat pemakanan yang kurang sihat yang sering diamalkan oleh rakyat Malaysia iaitu tidak mementingkan pengambilan sayur-sayuran dalam kuantiti yang sepatutnya.

promoting health

Berdasarkan Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV) untuk menangani keperluan sosial, Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) telah melancarkan Kempen “CAMPUR, CAMPUR, SIAP!” yang bertujuan untuk memupuk sikap mementingkan pengambilan sayur-sayuran yang mencukupi dalam diet harian sehingga menjadi satu kebiasaan dalam kalangan rakyat Malaysia.

promoting health 2

Kempen yang berlangsung selama 3 bulan ini bermula dari bulan Ogos hingga Oktober 2018. Semasa kempen ini berlangsung, resipi masakan berasaskan sayur-sayuran yang mudah, cepat, berkhasiat dan lazat iaitu "Sayur Labu Campur" telah dikongsikan kepada orang ramai terutamanya suri rumah muda agar mereka dapat menyediakan makanan yang sihat untuk keluarga mereka. "Sayur Labu Campur" merupakan resipi daripada pelbagai sayur-sayuran yang berbeza seperti brokoli, bunga kobis bersama bahan tambahan yang istimewa iaitu labu dan ayam. Sayur-sayuran ini kaya dengan nutrien terutamanya labu yang tinggi dengan kandungan serat serta baik untuk pencernaan dan beta-carotene yang baik untuk sistem imunisasi. Resipi ini amat sesuai bagi suri rumah yang sibuk dengan jadual harian kerana resipi ini sangat mudah untuk disediakan.

promoting health 3

Selain daripada sesi perkongsian resipi, suri rumah juga berpeluang untuk melihat demonstrasi memasak yang dikendalikan oleh pelakon terkenal Malaysia iaitu Yana Samsudin yang menunjukkan proses penyediaan "Sayur Labu Campur" yang mudah dan berkhasiat sempena Kempen "CAMPUR, CAMPUR, SIAP! ini.

Baca selanjutnya

 

Siaran Akhbar