Bebola Ubi Keledek Dan Labu
40 minit
5 - 6 Hidangan

Snek yang manis dan enak. Resepi yang unik dan mudah disediakan. Menghasilkan tekstur yang lembut di dalam dan sesuai untuk dihidangkan ketika sarapan mahupun minum petang.

| 300 g | Ubi keledek, dikupas, potong dadu besar |
| 300 g | Labu, dikupas, potong dadu besar |
| 1 paket | Seri-Aji® Tepung Goreng Pisang 150g |
| Secukupnya | Minyak masak |
| 1 sudu kecil | Garam |
| 2 sudu besar | Gula |
| 2 sudu besar | Gula serbuk |

- Rebus ubi keledek dan labu hingga empuk. Tapis air dan pastikan ubi keledek dan labu kering. Lenyekkan.
- Gaul rata ubi keledek, labu dan Seri-Aji® Tepung Goreng Pisang 150g gula dan garam sehingga adunan lembut.
- Senduk doh dan gulung di antara tapak tangan untuk membentuk bola berdiameter 1 inci. Ulang sehingga semua doh habis.
- Goreng sehingga kuning keemasan.
- Ayak serbuk gula di atas bebola. Sedia untuk dihidang.
Sila login/daftar untuk melihat resipi eksklusif yang penuh.



