Bihun Goreng Tom Yam

40 minit

5 Hidangan

Satu kelainan bihun goreng berperisa tom yam yang kaya dengan bahan-bahan aromatik dan rasa.

¼ cawan | Minyak masak |
1 batang | Serai, dicincang halus |
½ batang | Bunga kantan, dicincang |
4 helai | Daun limau purut, dibuang urat tengah dan dihiris nipis |
1 batang | Kek ikan, dihiris |
10 ekor | Udang, dikupas kulit dan dibersihkan |
100 g | Sotong, dibersihkan dan dipotong |
100 g | Lobak merah, dihiris nipis memanjang |
4 tangkai | Daun kucai, dipotong 4 |
200 g | Bihun, direndam sehingga lembut dan ditapis |
3 sudu besar | Seri-Aji® Perencah Sup Tom Yam 72g |

- Panaskan minyak didalam kuali, tumis serai, bunga kantan, daun limau purut sehingga layu dan naik bau.
- Masukkan kek ikan, udang, sotong dan lobak merah. Goreng sehingga masak.
- Masukkan bihun dan daun kucai. Taburkan Seri-Aji® Perencah Sup Tom Yam. Gaul rata dan goreng sehingga bihun lembut.
- Sedia untuk dihidang.

Goreng bihun menggunakan 2 spatula supaya bihun tidak hancur.


