Biskut Badam Vanila

45 minit

10 Hidangan

Biskut Badam tanpa mentega dan tanpa telur yang kaya dengan rasa kacang badam. Tanpa kerumitan kerana ia mudah dibuat tanpa pembancuh makanan dan rasa yang lazat.

2 biji | Telur kuning |
1 sudu besar | Susu segar |
2 paket | Seri-Aji® Tepung Goreng Pisang 150g |
200 g | Badam kisar |
80 g | Gula aising |
½ sudu kecil | Soda penaik |
150 ml | Minyak masak |
50 g | Almond nibs (diced almond) |

- Untuk membuat ‘egg-wash’, pukul kuning telur bersama susu segar. Ketepikan.
- Panaskan ketuhar pada 170°C.
- Satukan semua bahan bersama Seri-Aji® Tepung Goreng Pisang 150g kecuali minyak masak dalam mangkuk. Gaul sebati.
- Masukkan minyak masak dan uli sehingga menjadi doh yang licin.
- Cedok 1 sudu besar doh dan bulatkan. Taburkan badam cincang di tengah.
- Bakar selama 20-25 minit pada suhu 170°C atau sehingga perang keemasan.

Jangan terlebih uli, ia boleh menyebabkan tekstur biskut anda menjadi keras. Masa memasak bergantung pada pengagihan haba anda di dalam ketuhar anda.
*Resipi ini menghasilkan 45 biji biskut


