Cucur Sayur Seri-Aji

Cucur Sayur Rangup dan Mudah Seri-Aji
20 minit
recipe-cook-time
17 biji
Play Video Tonton Video Memasak
Description
Keterangan Resipi

Cucur Sayur yang rangup diluar dan lembut di dalam adalah snek popular di Malaysia. Resipi yang mudah untuk disediakan dirumah dan sesuai untuk sarapan ataupun minum petang yang biasanya disajikan dengan sos cili yang pedas.

Cara buat cucur sayur adalah dengan mencampurkan adunan tepung dan air bersama sayur-sayuran seperti kubis dan lobak merah. Adunan tersebut kemudian digoreng sehingga menjadi rangup dan kuning keemasan.

Ingredients
Bahan-bahan
1 paket Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur 225g
Secukupnya Minyak Masak
150g Lobak Merah (potong memajang)
50g Kobis (potong memajang)
18g Daun Kucai (potong kecil ~1cm)
8g Saderi (potong kecil 1cm)
325ml Air 

Bahan-bahan: sos

2 sudu besar Gula
1 cawan Air
2 sudu besar Cili kering kisar
2 ulas Bawang putih, diketuk
1 sudu kecil Perencah Tom Yam SERI-AJI® 72g
1 sudu kecil Garam
3 sudu besar Air asam jawa
Method
Cara Menyediakan
  1. Adunkan Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur 225g bersama 325ml air.
  2. Tambahkan hirisan lobak merah, kobis, daun kucai dan saderi. Gaulkan sehingga sebati.
  3. Ambil adunan dengan sudu dan goreng dengan minyak panas sehingga warnanya kuning keemasan.

*Sepeket Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur 225g boleh digunakan untuk menggoreng 17 cucur.

 

Cara Menyediakan: sos

  1. Didihkan cili kisar bersama air, bawang putih dan air asam jawa di dalam periuk.
  2. Masukkan Perencah Tom Yam SERI-AJI® 18g, gula dan garam. Renehkan dengan api perlahan.
  3. Sedia untuk dihidang bersama Cucur Sayur Seri-Aji®.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
Seri-Aji® Fritter Seasoned Flour
Seri-Aji® Fritter Seasoned Flour
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg