Nasi Goreng Jagung

20 minit

5 Hidangan

Resipi Nasi Goreng yang mudah dan ringkas untuk di masak dengan menggunakan perencah Nasi Goreng Ayam Seri-Aji®. Resipi Nasi Goreng Jagung yang unik ini bakal menjadi kegemaran anda kerana rasanya yang sedap daripada isi ketam dan manis daripada jagung yang dapat membuka selera untuk bersahur atau bersarapan.

50 g | Marjerin |
½ biji | Bawang kuning, dicincang |
200 g | Jagung manis |
5 batang | Filamen ketam, dipotong |
2 biji | Telur |
550 g | Nasi putih |
1 paket | Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Ayam 26g |
3 helai | Daun bawang, dihiris |

- Cairkan marjerin di dalam kuali, tumis bawang kuning sehingga kekuningan dan naik bau.
- Masukkan jagung dan filamen ketam, kacau-goreng dan masukkan telur, biarkan separuh masak dan kacau rata.
- Masukkan nasi dan Seri-Aji® Perencah Nasi Goreng Ayam 26g. Kacau-goreng sehingga sekata.
- Masukkan daun bawang, gaul rata.
- Sedia untuk dihidang.


