Nasi Goreng Kampung KAW


5 hidangan


Nasi goreng kampung ialah hidangan tradisional Malaysia yang dimasak bersama nasi, ayam, ikan bilis, telur, dan sayur kangkung. Hidangan ini popular dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong. Nasi Goreng Kampung ini juga mudah didapati di banyak restoran di Malaysia.
Resepi Nasi Goreng Kampung ini lengkap dengan rasa pedas dan pelbagai rencah didalamnya yang mampu memikat selera sesiapa sahaja yang merasainya. Jika anda sedang mencari pengalaman masakan asli Malaysia, pastikan anda mencuba hidangan ini!

4 sudu besar | Minyak masak |
30 g | Ikan bilis |
200 g | Isi Ayam, dipotong kecil |
100 g | Sayur kangkung, dipotong 3cm |
2 biji | Telur |
4 cawan / 550 g | Nasi putih |
1 paket | SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng Kampung KAW 26g |

- Panaskan minyak masak, goreng ikan bilis sehingga garing. Ketepikan.
- Dengan minyak yang sama, gorengkan ayam, sayur kangkung dan telur.
- Masukkan nasi dan taburkan 1 paket SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng Kampung KAW, kacau sehingga sekata.
- Taburkan ikan bilis, kacau seketika. Hidangkan panas.

- Nasi yang sejuk dapat menghasilkan nasi goreng yang lebih sekata.
- Selain nasi sejuk, nasi yang dimasakkan dengan air yang sedikit dari biasa juga dapat menghasilkan nasi goreng yang sekata.


