Nasi Goreng Tom Yam



Jika anda menggemari sup TomYam, anda pasti akan menikmati hidangan ini! Nasi Goreng TomYam adalah hidangan lazat dan mudah dibuat yang sesuai untuk sarapan, makan tengahari mahupun makan malam.
Resepi Nasi Goreng TomYam ini penuh dengan rasa yang menggunakan Perencah Tom Yam SERI-AJI®. Nasi juga digoreng dengan udang dan sotong, menjadikannya hidangan yang lengkap dan mengenyangkan.

250g (2½ cawan) | Nasi Putih |
100g | Udang dan Sotong |
2 helai | Daun Limau Purut (dihiris halus) |
3 sudu besar | Minyak |
1 sudu besar (12g) | Perencah Tom Yam SERI-AJI® |
2 batang | Cili Merah (untuk hiasan) |

- Panaskan minyak. Gorengkan udang dan sotong sehingga masak.
- Masukkan nasi dan taburkan Perencah Tom Yam SERI-AJI®.
- Masukkan daun limau purut dan gorengkan sehingga sekata.
- Hidangkan ketika panas.


