Nasi Kerabu

Resipi Nasi Kerabu
recipe-cook-time
6 orang
Description
Keterangan Resipi

Nasi Kerabu ialah hidangan nasi yang terkenal dari Kelantan dan Terengganu. Nasi Kerabu biasanya berwarna kebiruan dan sering disajikan dengan telur masin, keropok, dan ulam-ulaman bersama ayam goreng, ikan kering, atau daging panggang.

Nasi Kerabu merupakan hidangan nasi yang boleh dinikmati sebagai sarapan pagi atau makan tengah hari. Resipi Nasi Kerabu daripada kami sememangnya lazat dan sihat yang sesuai untuk hidangan seisi keluarga.

Nasi Kerabu
Ingredients
Bahan-bahan
2 cawan Beras
3 cawan Air panas
5 kuntum Bunga telang
1 batang Serai
1 helai Daun limau purut
1 sudu besar SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng Cina
Method
Cara Menyediakan
  1. Rendamkan bunga telang di dalam air.
  2. Masukkan beras ke dalam periuk nasi. Campurkan air bunga telang, SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng Cina dan semua bahan nasi. Kacau rata dan tanak sehingga nasi masak sempurna.
  3. Sedia dihidang bersama kuah, sambal kelapa dan sambal cili.
Kuah Sambal Tumis
Ingredients
Bahan-bahan
1 ½ sudu besar Minyak masak
¼ sudu besar Asam jawa, digaul dengan 1 cawan air
½ cawan Santan
1 sudu kecil Gula
½ sudu kecil Garam
Method
Cara Menyediakan
  1. Tumiskan bahan-bahan (A) sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula.
  3. Masukkan santan dan kacau sebati sehingga mendidih. Diketepikan
Bahan-bahan A: dikisar halus
Ingredients
Bahan-bahan
4 tangkai Cili kering, dipotong, dibuang biji dan direbus
2 biji Bawang besar
2 ulas Bawang putih
1 inci Halia
1 batang Serai
Sambal Kelapa
Ingredients
Bahan-bahan
1 ekor Ikan kembung
1 keping Asam keping
1 inci Halia, dihiris
100 g Kelapa parut
2 biji Bawang merah
2 ulas Bawang putih
1 batang Serai
1 sudu kecil Garam
1 sudu kecil Gula
Method
Cara Menyediakan
  1. Rebuskan ikan dengan asam keping dan juga halia. Asingkan isi ikan dan tumbuk sehingga lumat.
  2. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan serai sehingga lumat.
  3. Sangai kelapa sehingga keperangan. Masukkan bahan yang ditumbuk dan isi ikan gaul sehingga kering. Perasakan dengan garam dan gula.
Sambal Cili
Ingredients
Bahan-bahan
4 biji Cili merah, dipotong dan dibuang biji
3 ulas Bawang putih
1 sudu besar Cuka
2 sudu kecil Gula
Method
Cara Menyediakan
  1. Kisar halus cili merah dan bawang putih.
  2. Perasakan dengan cuka dan gula.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
Seri-Aji® Yangchow Fried Rice Recipes
Seri-Aji® Yangchow Fried Rice Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg