Nasi Lemon

Nasi Lemon
Description
Keterangan Resipi

Menjamu nasi kunyit dengan aroma lemon yang segar, sajian India Selatan ini sedap dihidangkan bersama taburan kacang. Nikmatilah rasa asli yang pedas daripada Perencah Lada Hitam SERI-AJI® dan Perencah Pati Ayam TUMIX®.

Ingredients
Bahan-bahan
300 g (kira-kira 6 cawan) Beras Basmati
½ sudu teh Serbuk kunyit
1 sudu teh Kacang channa dhal belah
½ sudu teh Biji sawi
¼ sudu teh Biji sajira (Caraway seeds)
2 sudu besar Perencah Pati Ayam TUMIX®
1-3 biji Cili hijau dan merah, dihiris nipis
2 – 3 keping Cili kering merah, dipotong seksyen
1½ tangkai Daun kari
75 ml atau lebih banyak Jus lemon
2½ sudu besar Minyak sapi
3 sudu besar Kacang tanah rebus
Sedikit Daun ketumbar, dicincang untuk hiasan
Secukup Garam
Method
Cara Menyediakan
  1. Masak beras dan garam dalam periuk nasi elektrik. Jangan masak terlalu lama.
  2. Panaskan minyak sapi dalam kuali, tambah masuk biji sawi, dhal belah, semua jenis cili dan daun kari. Masukkan serbuk kunyit dan kacau sebati.
  3. Bubuh jus lemon, kacau dan padam api. Jangan masak ataupun didihkan jus lemon.
  4. Masukkan nasi yang gembur dan kacau sebati. Jangan hancurkan nasi. Pastikan garam dibubuh secukup rasa dan masukkan jus lemon tambahan jika perlu
  5. Hias dengan daun ketumbar dan kacang tanah rebus (gaul dengan nasi dan tabur di atas nasi). Hidang.
Method
Tips

Berdasarkan kesukaan dan cita rasa diri, anda boleh gunakan bawang goreng dan sebagainya untuk hiasan. Bagi mereka yang tidak suka jus lemon, ia boleh diganti dengan mentega susu (butter milk).

Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
TUMIX® Chicken Stock Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg