Nasi Tomato


10 orang

Nasi tomato adalah hidangan yang lazat dan mudah dibuat untuk dinikmati seisi keluarga.
Nasi yang dimasak dengan tomato dan rempah ratus, menjadikannya hidangan yang beraroma dan menyelerakan. Masakan ini adalah hidangan kegemaran ramai kerana rasanya yang enak dan dipadankan pula dengan Ayam Masak Merah dan Acar Jelatah.
Jom cuba buat Nasi Tomato menggunakan resepi yang senang dan sedap ini.

4 cawan | Beras basmathi |
2 sudu besar | Minyak sapi |
3 biji | Bawang merah, dihiris |
3 ulas | Bawang putih, dihiris |
2 batang | Cili hijau, dibelah dua |
1 biji | Tomato, dipotong dadu |
10 sudu besar | Tomato puri |
1 ½ paket | SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng Ayam 26g |
4 cawan | Air |
½ cawan | Susu sejat |
1 tangkai | Daun bawang |
1 tangkai | Daun ketumbar |
2 sudu besar | Bawang goreng |
Bahan-bahan A: rempah ratus
2 batang | Kulit kayu manis |
5 biji | Bunga lawang |
5 biji | Buah pelaga |
5 biji | Cengkih |
1 helai | Daun salam kering |

- Cuci beras dan rendam selama 1 jam, tapiskan.
- Panaskan minyak sapi, tumiskan rempah ratus (A) sehingga wangi.
- Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili hijau. Tumis sehingga menjadi keperangan.
- Masukkan tomato dan tomato puri, kacau sebati.
- Perasa dengan SERI-AJI® Perencah Nasi Goreng Ayam.
- Masukkan beras dan gaul rata.
- Masukkan beras ke periuk nasi elektrik, tuangkan air dan susu sejat. Gaul sebati.
- Biarkan sehingga nasi masak.
- Taburkan daun bawang, daun ketumbar dan bawang goreng.
- Sedia untuk dihidang.


