Resepi Udang Goreng Tom Yam

Udang Goreng Tom Yam
Description
Keterangan Resipi

Resepi Udang Goreng Tom Yam yang lengkap dengan rasa manis, masam, dan pedas. Klik di sini untuk mengetahui cara menyediakan resepi yang cepat dan mudah ini.

Ingredients
Bahan-bahan
1 kg Udang harimau
25 biji Cili padi
2 biji Tomato
2 biji Bawang kuning, dihiris
5 biji Bawang merah, dihiris
20 ulas Bawang putih, dihiris
300 gm Lobak merah
30 batang Jagung muda
2 batang Serai, dititik
4 helai Daun limau purut
1 sudu besar Pes cili
1 sudu besar Gula
2 sudu besar Perencah Tom Yam SERI-AJI®
Secukup rasa Perencah Tom Yam SERI-AJI® (untuk perapan udang)
Secukupnya Minyak
50 ml Santan
100 ml Air
1 sudu kecil Tepung jagung, dicampur dengan sedikit air
1 tangkai Daun kari
Method
Cara Menyediakan
  1. Perapkan udang dengan Perencah Tom Yam SERI-AJI®. Ketepikan buat seketika.
  2. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, bawang merah dan bawang kuning.
  3. Tambah pes cili dan Perencah Tom Yam SERI-AJI®.
  4. Masukkan air, lobak merah, tomato, jagung muda, daun limau purut, serai, daun kari, cili padi dan santan. Masak sehingga mendidih.
  5. Masukkan gula untuk rasa.
  6. Gaulkan sedikit tepung jagung menjadikan sedikit pekat. Goreng udang dengan api sederhana.
  7. Sedia dihidangkan.
Method
Tips

Tambahkan jus limau untuk rasa lebih masam mengikut cita rasa anda.

Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
Seri-Aji® Tom Yam Seasoning Recipes
Seri-Aji® Tom Yam Seasoning Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg