Hidangan Sihat dan Lazat untuk Memulakan Tahun Baru!

Pengurangan penggunaan garam dalam makanan harian adalah sesuatu yang sukar dilakukan kerana budaya masakan kita kebiasaannya memerlukan kadar garam tertentu bagi meningkatkan kelazatan sesuatu hidangan. Walaubagaimanapun, terdapat cara untuk mengurangkan garam dalam masakan anda tanpa mengorbankan rasa atau keenakan makanan dengan menggunakan kuasa Umami! 


Rasa asas kelima, Umami

Masam, manis, masin, pahit adalah 4 rasa asas yang diketahui umum dan Umami adalah rasa asas kelima yang kian dikenali saban hari. Umami berasal dari perkataan Jepun yang bermaksud "rasa sedap". Ia adalah rasa yang meningkatkan kelazatan dengan menambah rasa dalam makanan sebagai contoh yang mudah difahami ialah seperti rasa ‘wok’ dalam masakan atau kaedah memanggang/bakar . Rasa umami dapat dikecapi apabila mengunakan teknik masakan ini untuk bersama bahan yang kaya dengan protein seperti ayam, daging, keju, kicap, tomato, dan cendawan. 


Selain itu, rasa Umami adalah antara kandungan utama dalam  AJI-NO-MOTO®, yang diperbuat daripada  tebu atau ubi kayu melalui proses penapaian semula jadi. Percaya atau tidak? AJI-NO-MOTO® sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin menikmati rasa makanan yang lazat dan dapat mengurangkan pengambilan natrium klorida kerana ia mengandungi hanya 12% natrium klorida manakala garam mengandungi 40%. Ini menjadikan kandungan Natrium klorida didalam AJI-NO-MOTO®  adalah 2/3 kurang daripada garam biasa. Oleh itu, dengan menggunakan sedikit AJI-NO-MOTO®, pengambilan natrium boleh dikurangkan sehingga 40% sambil mengekalkan kelazatan makanan.  Ia juga membantu mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan penyakit yang lain.
 
Umami

 

Memperkenalkan Resipi Diet Rendah Sodium

Mengamalkan Resipi Diet Rendah Sodium dapat mengekalkan kesihatan jantung yang lebih baik. Tetapi diet seperti ini menjadi sukar terutamanya jika anda menyediakan makanan di rumah. Berikut adalah beberapa resipi mudah yang boleh anda sediakan di rumah untuk hidangan umami yang sihat lazat dan berkhasiat:


Ikan Masam Manis

Ikan Masam Manis


Ikan Masam Manis adalah hidangan popular dalam masakan Asia. Ia terdiri daripada ikan goreng di dalam sos yang dimasak bersama sayur-sayuran seperti timun, lada benggala dan bawang. Ia adalah hidangan yang sempurna bagi mereka yang gemar rasa masam & manis dalam makanan mereka. Hidangan ini biasanya disajikan dengan nasi putih untuk mengimbangi rasa dan sangat sesuai untuk dinikmati bersama seisi keluarga.

 

Bubur Nasi Bersama Ayam dan Keledek

Bubur Nasi Bersama Ayam dan Keledek


Ubi keledek mengandungi hampir tiada protein dan kandungan kanji yang tinggi, tetapi kaya dengan vitamin C, pelbagai mineral, dan sejumlah besar serat pemakanan. Campurkan ubi keledek, ayam diperap, nasi & air dan rebus selama 30 minit. Bubur Nasi Bersama Ayam dan Keledek lazat apabila dihidangkan panas. Selain itu, ia mudah dimakan oleh warga emas ataupun anak-anak kecil.

 

Bendi Goreng Bersama Telur

Bendi Goreng Bersama Telur

Bendi Goreng Bersama Telur adalah hidangan berkhasiat yang mudah untuk mereka yang sibuk dan mempunyai masa terhad untuk menyediakan hidangan untuk keluarga. Ia hanya mengambil masa 30 minit sahaja  untuk disediakan. 


Dapatkan lebih banyak idea untuk resipi diet rendah sodium disini untuk kehidupan yang lebih sihat bersama keluarga.