Ikan Masam Manis

1 jam 20 minit

5 Hidangan

Ikan Masak Masam Manis diperbuat daripada ikan bawal yang telah digoreng sehingga rangup, lalu dicampur dengan sos masam manis. Hidangan ini popular di restoran makanan laut, tetapi ia juga boleh disediakan dengan mudah di rumah.
Resepi Ikan Masam Manis ini, bukan saja rasanya yang sedap tetapi warna warni sayuran yang terdapat dalam resepi ini memikat selera sesiapa saja. Ia juga merupakan cara yang baik untuk memperkenalkan kanak-kanak kepada makanan laut.
Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
267.4 kcal

Carbohydrate
10.2 g

Protein
41.5 g

Fat
7.00 g

Sodium
392.7 mg

Bahan-bahan:
5 ekor / 1 kg | Ikan bawal hitam |
1 sudu kecil | Serbuk kunyit |
1 ½ sudu besar | Minyak masak |
1 sudu kecil | Bawang putih cincang |
1/2 / 60 g | Bawang kuning, potong dadu |
1/2 / 60 g | Lada benggala merah, potong dadu |
1/2 / 60 g | Lada benggala hijau, potong dadu |
1/2 / 60 g | Timun, potong dadu |
Bahan-bahan A:
3/4 sudu besar | Cuka |
1 sudu besar | Gula |
3 sudu besar | Sos cili |
3 sudu besar | Sos tomato |
1/4 sudu kecil | AJI-NO-MOTO® |
1/4 sudu kecil | Garam |
50 ml | Air |

- Perap ikan bersama serbuk kunyit selama 30 minit.
- Goreng di dalam minyak penuh sehingga garing dan masak. Ketepikan.
- Panaskan minyak, tumis garlic, bawang kuning, lada benggala dan timun, kacau rata.
- semua bahan-bahan (A), biarkan didih.
- Tuangkan sos ke atas ikan bawal goreng.

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 9% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.


