AJI-NO-MOTO®

AJI-NO-MOTO®
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!

Penerangan Produk

Penambah Perasa AJI-NO-MOTO® merupakan jenama yang terkenal di seluruh dunia bagi Monosodium Glutamat (MSG). Ia juga merupakan perencah umami. AJI-NO-MOTO® menyedapkan semua jenis masakan tanpa mengubah rasa keaslian masakan. Dengan menambah sedikit AJI-NO-MOTO® sebelum, semasa atau selepas memasak, makanan menjadi lebih lazat.

AJI-NO-MOTO® digunakan secara meluas oleh suri rumah tangga, penjaja dan tukang masak profesional di serata dunia. Selain itu, ia turut digunakan dalam makanan proses, makanan sejuk beku, sup, snek, mee segera dan sebagainya.

Saiz Pembungkusan

  • Botol 70g
  • Paket 150g
  • Paket 300g
  • Paket 33g
  • Paket 500g
  • Paket 72g
  • Paket 1kg
  • Paket 100g

    FAQ

    • Bagaimanakah AJI-NO-MOTO® dihasilkan?

      AJI-NO-MOTO® dihasilkan melalui proses fermentasi/penapaian – proses ini adalah sama seperti proses yang digunakan untuk membuat tapai, cuka dan yogurt. Proses ini bermula dengan penapaian ubi kayu atau tebu, diikuti dengan proses peneutralan dan penghabluran. Produk akhir merupakan kristal putih tulen yang mudah larut dalam makanan.

    • Adakah AJI-NO-MOTO® Halal?

      Ya, AJI-NO-MOTO® yang dihasilkan oleh Ajinomoto (M) Berhad diperakui Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

    • Adakah AJI-NO-MOTO® Selamat?

      Ya. AJI-NO-MOTO® telah digunakan lebih daripada seratus tahun dan ia merupakan salah satu bahan makanan yang paling banyak dibuat kajian. Pangkalan datanya yang meluas merangkumi beratus-ratus kajian semula telah melalui penelitian yang intensif dan keselamatan AJI-NO-MOTO® telah dibuktikan setiap kali. Selama lebih empat dekad, Pentadbiran Makanan Dan Ubatan Persekutuan Amerika Syarikat (FDA) telah berulang kali mengesahkan keselamatan AJI-NO-MOTO®.

      Badan kawal selia dan saintifik yang lain dari seluruh dunia, termasuk Persatuan Perubatan Amerika (AMA), Jawatankuasa Saintifik Komuniti Eropah Untuk Makanan (SCF), dan Jawatankuasa Pakar Bersama FAO/WHO. Mengenai Aditif Makanan Bangsa-bangsa Bersatu (JECFA), juga telah mengkaji semula kajian mengenai AJI-NO-MOTO® dan telah mengesahkan keselamatannya. AJI-NO-MOTO® adalah selamat sehingga FDA telah mengklasifikasikannya di bawah kategori “Secara Amnya Diiktirafkan Sebagai Selamat” (GRAS), sama seperti gula, serbuk penaik, garam dan lada. Begitu juga dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyistiharkan bahawa “Pengambilan Harian Boleh Diterima” (ADI) bagi AJI-NO-MOTO® adalah “Tidak Ditetapkan”.

    • Mengapakah AJI-NO-MOTO® tidak mempunyai tarikh luput?
      • AJI-NO-MOTO® adalah bahan tambahan makanan dibawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan di Malaysia. 
      • Ia tidak termasuk dalam senarai makanan yang perlu memaparkan tarikh luput pada pembungkusan produk. 
      • AJI-NO-MOTO® mempunyai tahap kestabilan yang sama dengan gula atau garam dan boleh disimpan selama jangka masa yang panjang tanpa perubahan pada rupa dan warnanya (AJI-NO-MOTO® adalah bahan tambahan makanan yang mempunyai jangka hayat melebihi 18 bulan).

      (AKTA MAKANAN; Bahagian 3; Seksyen 14; Subperaturan 4) (hlm. 67, 238).

    • Adakah AJI-NO-MOTO® sesuai digunakan oleh golongan vegetarian? Adakah ia mengandungi ramuan berasaskan haiwan?

      AJI-NO-MOTO® dihasilkan melalui proses penapaian karbohidrat yang bersumberkan ubi kayu atau tebu yang ditanam secara semula jadi, jadi ia tidak mengandungi sebarang ramuan yang berasaskan haiwan. Ini bermaksud AJI-NO-MOTO® adalah mesra-vegetarian”.

    • Mengapakah AJI-NO-MOTO® tidak mempunyai logo “vegetarian”?

      AJI-NO-MOTO® tidak mempunyai logo “vegetarian” kerana ia disasarkan pada orang awam daripada pelbagai jenis kaum yang mempunyai pelbagai jenis latar belakang pemakanan (termasuk golongan vegetarian). Kami tidak menyatakan ia “mesra-vegetarian” secara khusus bagi mengelakkan kesalahfahaman bahawa ia terhad untuk golongan tertentu sahaja. Selain itu, ramuan yang digunakan adalah dari sumber yang semula jadi, jadi tiada keperluan untuk menekankan bahawa ia sesuai bagi golongan vegetarian.

    Iklan dan Video Informasi

    Pak AJI Kata Campur, Campur, Siap!

    AJI-NO-MOTO® Campur, Campur , Siap! – What’s your favorite food

    AJI-NO-MOTO® Production Animation

    “Campur, Campur, Siap!” Music video

    Semua Yang Anda Perlu Tahu Mengenai AJI-NO-MOTO®

    Penemuan & Sejarah
    ajinomoto-discovery

    Matlamat Yang Membawa Kepada Penemuan Umami & Kelahiran AJI-NO-MOTO®

    Prof Kikunae Ikeda, seorang saintis Jepun yang melanjutkan pengajian beliau di Jerman berasa kagum dengan susuk tubuh yang sangat baik dan diet orang-orang Jerman. Beliau percaya diet adalah salah satu faktor, dan perkara ini menggalakkan beliau untuk memperkukuhkan matlamat memperbaiki diet orang Jepun. Dengan matlamat ini, penemuan Umami bermula pada tahun 1908 apabila Prof Ikeda mendapati satu rasa yang berbeza daripada manis, masam, pahit dan masin dari sup Kombu dashi. Beliau menamakan rasa tersebut sebagai Umami dan dia bekerjasama dengan Saburosuke Suzuki II yang berkongsi impian yang sama seperti Ikeda. Pada tahun 1909, AJI-NO-MOTO® telah dilancarkan secara rasmi oleh Saburosuke Suzuki II, sebagai perasa Umami pertama di dunia yang membawa falsafah dan matlamat, “Eat Well, Live Well”.  (Cerita Penuh)

    Paparan Dokumentari Di Sini »

    Tips Penggunaan

    Tips: Bila AJI-NO-MOTO® perlu ditambahkan

    AJI-NO-MOTO ® tidak berbau dan tahan haba oleh itu, ia sesuai untuk digunakan dalam apa-apa jenis hidangan dalam mana-mana proses memasak:

    MSG-application-1024x435.png

    Tips: Jumlah AJI-NO-MOTO® Yang Perlu Ditambah Ke Dalam Masakan

    ajinomoto-usage-tips-table.jpg