Sambal Dried Shrimp Cookies

1 jam

5 - 6 Hidangan


Biskut Sambal Udang Kering yang unik dengan rasa pedas dan semestinya pilihan yang lebih sihat untuk dihidangkan ketika perayaan Tahun Baru Cina.

Bahan-bahan: Sambal Udang Kering
100 g | Udang kering |
25 g | Cili kering |
5 ulas | Bawang putih |
4 biji | Bawang merah |
1/2 cawan | Air |
3 sudu besar | Minyak masak |
1/4 sudu kecil | AJI-NO-MOTO |
1/4 sudu kecil | Garam |
2 sudu besar | Gula |
Bahan-bahan: Doh Biskut
150 g | Mentega tanpa garam |
1/4 sudu kecil | AJI-MO-MOTO |
30 g | Gula aising |
300 g | Tepung serbaguna |
Bahan-bahan: Hiasan biskut
1/4 sudu kecil | Serbuk arang buluh |
1 sudu kecil | Biji bijan hitam |

- Sediakan Sambal Udang Kering:
- Kisarkan udang kering (rendam selama 10 minit).
- Buang biji cili dan rebus cili sehingga lembut.
- Kisar semua bahan kisar.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga naik bau (5 minit).
- Masukkan bahan perasa.
- Masukkan udang kering dan tumis selama 15 minit.
- Sediakan Doh Biskut:
- Masukkan mentega tanpa garam dan gula aising ke dalam mangkuk besar, guna mixer untuk adun sehingga sebati.
- Masukkan AJI-NO-MOTO® dan tepung serba guna, kemudian gunakan spatula untuk menggaul rata doh.
- Balut doh dengan plastik wrap dan rehatkan selama 20 minit.
- Bahagikan doh kepada 49 bahagian dan bentukkan menjadi doh berbentuk bebola (berat setiap biji biskut adalah 10g). Simpan 7 daripadanya sebagai doh hiasan.
- Leperkan doh berbentuk bebola, masukkan sedikit sambal udang kering ke dalamnya dan bungkus dengan baik.
- Hiasan:
- Bahagikan 5 doh berbentuk bebola kepada 84 bentuk bulat kecil sebagai telinga harimau.
- Ambil 2 doh berbentuk bebola untuk digaul dengan serbuk arang buluh. Gunakan doh warna hitam sebagai belang harimau.
- Gunakan bijan hitam sebagai mata harimau.
- Bakar biskut dalam ketuhar pada sudu 180°C selama 30-35 minit.
- Nikmati Sambal Dried Shrimp Cookies.


